Showing posts with label PRODUK. Show all posts
Showing posts with label PRODUK. Show all posts

Saturday, April 23, 2016

Cabaran Perut Saiz A4?

Assalamualaikum wbh..

Ada berita best nak habaq kat semua ni… tapi mula-mula nak tanya..siapa yang rasa-rasa raya tahun ni nak kuruih tapi asyik tak lepas je kalau buat diet?... kalau buat pun, turun tu slow sangat-sangat… macam tak sempat je nak transform diri dalam masa 3 bulan ni..

Tak pe.. jangan fikir tak mustahil raya ni pinggang saiz A4.  Rahsianya ada dalam entry kali ni.  Saya ni tak adalah obsess sangat dengan kurus ke gemuk ke.. pada saya, semua orang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.  Cumanya pertanyaan tadi tu sebagai pembuka semangat la untuk uols yang rasa nak sihat.. nak cantik tapi azam tu.. lepas setahun, setahun asyik bertangguh.  Waduh, kalau nak sihat pun bertangguh, rasanya bab nak cantik tu mungkin lagi slowlah..

Cantik luaran aje tak ngam kalau dalaman tak tip top.  Pakej dia macam ni.. cantik luar, tak semestinya cantik dalam.  Tapi kalau cantik dalam, insyaAllah akan terserlah di luar.  Haaa.. jadi marilah kita sama-sama fokus untuk mendapatkan kecantikan dari dalam mula-mula sekali.

Korang ni, kalau membuang sehari berapa kali?  Seeloknya, dua kali sehari atau paling-paling tidak pun, sekali sehari.  Supaya bahan-bahan makanan dan sisa-sisa yang sudah settle semalam tu dapat dibuang dan ruang yang ada adalah untuk proses hari seterusnya.  Tapi, macam mana dengan mereka yang tidak membuang hari-hari tu?...  badan akan mula mengumpul toksin.

Macam mana kesan badan yang ada toksin ni?.. meh buat checklist sikit.  Manalah kalau kalau-kalau ada diantara tanda-tanda yang berikut ni, ada pada korang.  Jadi, kalau ada tu, mohonlah insaf dan bertindak segera.  Memanglah hari ni, sekarang ni kita muda… badan masih tak rasa sangat kesan toksin pada badan.  Tapi, bila dah meningkat usia dari tahun ke tahun, haaa.. mulalah rasa akibatnya.  So, cuba korang angguk ke.. geleng ke kalau-kalau yang tersenarai kat bawah ni berkait rapat ngan diri korang ek?

Sembelit?
·         Kembung perut?
·         Sakit kepala?
·         Letih dan lesu?
·         Mulut berbau?
·         Perut buncit?
·         Kulit kusam?
·         Suka makan?

Jika korang ada ciri-ciri kat atas ni… dan dah cemuih nak cuba itu ini, jangan cepat mengalah. Haha… saya jarang tau kongsi benda yang tak best.  So, apa kata sebelum puasa ni, meh cuba produk terbaru kami ini yang mula mendapat perhatian ramai.  Cuba tanpa menoleh ke belakang lagi dah…  Saya pun macam anda juga.  Hihi.. takut nak mencuba tu memang ada tapi.. tapi.. tapi… bila tengok kandungan bahan yang terdapat dalam minuman ni, ditambah pula dengan liability insurans company sampai RM3 juta, mak aiii.. terus berani nak try.



Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Clenz-tox ni ialah;
·         Oat Fibre
·         Green tea
·         Celery
·         Passion fruit
·         Apple
·         Lemon
·         Kiwi
·         Spinach
·         Spirulina
·         Wheatgrass
·         Pineapple
·         Cabbage
·         Cucumber
·         Inulin
·         Isomalto Oligosaccharides

Tengok tuuuuu.. semua bahan-bahan daripada buah-buahan dan sayuran je!  Patutlah bila makan ni rasa kenyang dan lawas habis.  Memang cuci usus macam kita makan buah dan kulit pun makin hari makin rasa kelainannya. 

SESUAI KE UNTUK DIET?

Apa pulak tak sesuai… kenyang babe!  Ada fiber oat yang boleh buat perut rasa full dan tahan lapar lebih lama.  Sekarang ni semua pun nak rushing.  jadi, tak ke membantu benda alah ni bila ada?.. lagipun goncang ngan air sejuk je.. badan sihat, otak cergas, muka lawa. Hek elaaa… nak demand apa lagi?.. hihi!

KEBAIKAN CLENZ-TOX

✔ Menurunkan kadar kolestrol
✔ Merangsang bakteria baik
✔ Mengurangkan risiko kanser
✔ Melambatkan penyerapan glucose
✔ Menguatkan sistem imun tubuh badan
✔ Menurunkan paras pH dalam usus
✔ Membantu proses detoksifikasi hati

CARA MINUM

1) Ambil 1 paket setiap hari sebelum makan malam
2) Campurkan 1 paket dgn 150-180ml air di dalam shaker.
3) Goncang sehingga sebati dan minum.

Harga : RM135.00 (14 sachets)

Tapi kalau dah nekad nak kurus sakan... saya suggest amek set ni.  Yang ni memang berbaloi-baloi agi la sebab terus jadi member. Pasni tak risau pasal harga dah! 


Bagaimana kalau nak cuba?  Boleh terus direct WhatsApp ke nombor ni 0139342778.  Cepat tau sebab stok bulan ni sahaja dah berapa ratus dilepaskan.  Huwaaa... baru je launch kot~

Terima kasih sudi baca dan semoga raya nanti tercapai matlamat nak sihat, cantik dan hidup dengan lebih berkeyakinan ye?!

Monday, January 21, 2013

Treenea VCOA Yang Best!

Assalamualaikum wbh.

Kecantikan dan perempuan memang tak dapat dipisahkan.  Kalau dipisahkan, alamatnya memang takkan indah dunia ini.  Chewaah!  Benar bagai dikata, wanita itu perhiasan dunia.  Hihi.. dan lebih indah jika perhiasannya wanita yang solehah.

Aku pun suka pada kecantikan.  Suka berwangi-wangian dan suka pada sesuatu yang cute, simple dan of course colourful.  Rasulullah saw sendiri pun suka pada kecantikan dan kebersihan.  Malah Allah pun suka pada yang cantik.  Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Muslim;

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia suka pada yang cantik."

Kerana itu, Allah menciptakan makhluknya penuh kesempurnaan dan manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan.

Kecantikan paras rupa bukanlah ukuran utama dalam penilaian Allah melainkan kepada hati.  

"Sesungguhnya, Allah tidak melihat pada paras rupamu tetapi DIA melihat pada hati-hatimu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Namun sebagai manusia, kita mengimpikan wajah yang cantik.  Cantik itu subjektif.  Maka, bolehlah kiranya aku katakan kita menginginkan wajah yang memberi kita keyakinan dalam menempuhi kehidupan seharian.  Stop mengharapkan pujian dan pandangan orang tapi mulalah bina hidup berdasarkan keyakinan dan kemampuan diri sendiri.

Aku pernah berwajah jerawat.  Ko tahu jerawat tu apa?  Jerawat ialah sejenis penyakit kulit yang melibatkan kelenjar minyak. 

Memang dulu ada kawan-kawan yang kata muka aku ni teruk.  Sungguh terluka rasa hati.  Tapi, disebabkan aku ni jenis tak berapa nak sentap sangat, katalah apa pun.  Aku buat derk je.  Sebab aku tahu setiap manusia memang berbeza hormon dia... darah dia... tapi dalam masa yang sama, aku sedar sebagai perempuan aku harus jaga juga penampilan dan wajah.

Dulu aku jenis kaki camping, berkawad dan buat keje luar banyak.  So pada aku, no point jugaklah aku nak beriya sangat jaga muka kan?  Memang perangai macam ni you all tak leh ikut la terutama pada adik-adik yang baru nak meningkat dewasa tu.  Alaaa.. dulu tomboy.  Mana la si tomboy nak jaga rupa sangat.  Mana kelasss tomboy muka ayu-ayu kan?  Eeeuwww...  haha!

Tapi, disebabkan sudah semakin dewasa ni, aku pun mulalah sikit-sikit insafkan diri sebab sedar, sampai bilalah aku tak nak pedulikan wajah ni kan?  Lagipun, aku pun dah mula dekat-dekat ngan masjid dan surau... wuwuuuuu...  so, dalam ceramah-ceramah tu, walaupun ustaz-ustaz tak dek suruh kita bersolek atau berlosyen itu ini, tapi makna tersirat tu adalah...

Menjaga anugerah yang dikurniakan oleh Allah itu adalah yang terbaik.  

Jadi, aku mula dah berjoging untuk jaga kesihatan badan walaupun orang dok condemn kata aku dah cukup kurus... buat apa lagi joging?  Tapi, you all jangan la ingat joging tu untuk orang yang nak kurus je.. joging adalah untuk menjaga stamina dan kesihatan badan.  Dengan berjoging atau bersukan, korang akan rasa ringan je badan.  Malah, tidur malam pun lebih lena dan berkualiti.  Emosi lebih stabil dan pemikiran lebih tenang.

Kendian.. aku mula dah amalkan pemakanan sihat.  Vitamin dan supplement dah mula ambil sebab badan selalu gerak sana sini, dan otak pun rasa macam 24 jam je guna non-stop!  Tambah-tambah time study dulu.  Pergghhh!  Bukanlah tip top student pun tapi otak aku tak pernah menyempat nak berehatlah.  Until one day kawan aku tegur;

"Su, kita ni kuar lepak!  Stoplah fikir semua benda tu.  Enjoy!"

Hissshhh!  Okeylah... mungkin ada baiknya jugakkan?  So, aku tangguhkan perkara-perkara yang aku sedang fikir tu dan mula nikmati hidup ini...  

Dan salah satu supplement terbaik yang aku pernah dan sedang ambil ialah minyak kelapa laut Afrika!  Eh, silap.  Pengaruh iklan.  Ampuuun!

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO).

VCO ni dah lama aku amalkan iaitu sejak zaman ijazah lagi.  Mula-mula tu aku makan dengan niat nak hilangkan pengeluaran minyak kat muka.  Al- maklumlah, kekadang bangun pagi-pagi tu rasa macam nak perah-perah je muka.  Thats why rasanya muka aku kuat berjerawat, sebab berminyak!

Then, after three days... betul-betul-cakap-tadak-menipu-ni.. minyak sudah kurang!  Bangun pagi tu rasa macam gebu je kulit.  Eh, baby face~~ @_@

Pastu, aku amalkan lagi dua biji sehari.  

Kali ni, jerawat aku dah makin berkurangan dan period yang datang pun tak dek lagi diselangi dengan period pain.  Lancar je.  Tak de berketul-ketul.

Lepas setahun aku amalkan, tahun ni... terdapat pengeluaran VCO yang disertakan dengan antioksidan (VCOA) yang dikenali sebagai Treenea. 


VCO-Treenea ini mempunyai kemampuan antioksidan yang tinggi yang digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dan mempunyai vitamin yan diperlukan oleh badan iaitu Vitamin E (alphatocopherols), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (Cholecaciferol). 

Vitamin A dan E juga  dipercayai bertindak sebagai agen antioksidan dengan kemampuan untuk memerangkap radikal bebas.  Beberapa penyelidik juga merumuskan bahawa vitamin ini mempunyai keupayaan untuk menghalang barah (cancer) dan penyakit jantung.  

Kalau korang rasa benda ni macam telan minyak dan banyak kolesterol, jangan bimbang!  Ia telah diproses dengan 100% minyak kelapa dara yang bebas kolesterol.  

Aku dah guna hampir setahun before aku betul-betul nak jual dan kongsi kebaikan ni dekat korang.  Iya.. aku tahu dah ramai yang jual tapi selagi aku tak yakin dengan perubahan pada diri aku, kenapa aku nak ikut-ikut je orang jual kan?  Memang la bisnes itu best tapi sebagaimana prinsip aku dalam menulis blog, kalau tiada kebaikan, jangan sebarkan!  Erti hidup adalah pada memberi kan?  



So, kalau korang rasa nak jaga kesihatan disamping nak jaga wajah supaya bangun pagi dan sepanjang hari rasa gebu lembap dan sihat sentiasa, jangan malu-malu untuk hubungi aku untuk dapatkan produk ni.

Murah je.  Memang berbaloi.  Boleh makan dari adik bongsu korang sampailah tok nenek you ollz!

Hey!  Mana ada produk untuk kesihatan dan kecantikan yang mabeles macam ni kan??..  RM40 untuk 60 biji gel lembut! Whooaaa...  

Kalau you all makan macam I iaitu 2 biji je sehari, leh la tahan sebulan.  Tapi untuk yang alami masalah teruk sikit, apa kata amek 4 biji sehari.  Then, bila dah berkurangan masalah tu, bolehlah amek 2 biji sehari.  Berkurangan masalah ye... bukan berkurangan duit.  Eceh..eceh...eceh... you all ni buat lawak pulak.  Memang la bila beli kurang duit, tapi.. (goyang-goyang jari) badan sihat muka cun! Alah... RM40 jek babe! :))

Jangan bertangguh-tangguh.  Nanti jadi macam aku.  Huhuhu... jangan!  Aku dulu pasal lambat jumpa mende baik ni tambahan pula testimoni rupa semua tak dek yang similar ngan aku.  Tu yang malas nak test and try.  Sekarang ni, kalau you all rasa susah nak percaya dengan perubahan pada kecantikan, cuba try untuk jaga kesihatan.  Seriously... i dont lie.  This product is superb!

SMS laju-laju untuk dapatkan produk terbaik ni...

Ehhh... dah nak order?  Bleh-bleh.. ni nombornya;

013-934 2778

Jom cuba!  Aku akan update lagi kebaikan dan keberkesanannya dalam entri seterusnya.