Thursday, November 21, 2019

Dosa Ijazah?




Saya dapat soalan lucu tapi macam biasa, saya menilai setiap sudut dengan pedoman.


Dia : Su cuti lama nak sambung study ke?


Saya : Erm.. ada la jugak rasa camtu.


Dia : Sambung degree ye?


Saya : Eh, tak la. Sambung master.


Dia : Owh, dah ada degree ke?


Saya : Yup.


Dia : Owhh.. dah ada degree. Tapi, tak dapat kerja lagi ye?


Saya : Laa.. dah ni bukan kerja ke? 😂


Bila kau ada degree tapi kerja pakai diploma, kau tetap sama nilai dgn tak de kerja. Sama jugak kau master tapi kerja jadi rider, tetap tak de kerja. Nampak tak bermaruah pula katanya..


Itulah beza org berilmu. Orang berilmu dia tak kisah buat apa pun janji boleh hidup. Makin dia melata, makin banyak ilmu di dada. Ibarat burung yang hinggap di hujung dahan. Dia tidak risau patahnya dahan itu kerana yakin dgn kekuatan sayapnya.


Orang yg terlalu demand kerja dengan sekeping sijil dia tu sebenarnya tak tahu, luasnya dunia dan berlambak lagi ilmu boleh dikaut di luar sana. Hanya sijil dia sahaja jadi taruhan. Tiada kelebihan lain untuk sandaran hidup. Sebab tu selagi tak dapat kerja sebagaimana sijil yg dia ada, dia rela duduk² saje. Orang begini lagi susah nak bela. Orang kata cerdik tak leh tumpang, bodoh tak leh ajar.


Ibarat besi. Nak guna sayang lalu disimpan².. lama² berkarat langsung terbuang.