Monday, February 25, 2019

Its Been 3 Awesome Years!

Assalamualaikum wbh.



Hai there.  Sebenarnya aku dah lama giler tak menulis di blog ni.  Jarang sangat nak buka laptop untuk menulis sebab kebanyakan entri aku sekarang ni di medium FB saje sebab FB pakai telefon pun dah selesa untuk up status.  Di Fb, aku tak perlu nak mengarang panjang-panjang macam kat blog ni, sakit mata nak ngadap skrin lama-lama.

So guys.. hek eleh, guys bagai!  Macam ramai betul follower kau kat blog, khenn?  Kahkah!  Lantaklah.  Blog aku ni memang hidup segan mati tak mahu.  Tapi yelah, aku cuba untuk nukilkan sedikit sebanyak life aku kat sini so kalau esok-esok anak-anak aku terGoogle nama aku atau nama diorang, at least diorang tahu la yang Mommy diorang ni pernah wujud di dunia maya.  eceh!

So actually, life aku sejak akhir-akhir ini dah berubah dah.  Im being so busy working my dreams.  Betullah kata orang, kalau kau nakkan sesuatu, kau kena ubah kebiasaan dalam hidup kau.  Aku dah lama sebenarnya plan nak share kat media begini.  Jadi, adalah aku wujudkan blog baru khas untuk khidmat rundingan aku tapi yelah, aku tak mampu nak urus dua, tiga blog in the same time.  

Lagipun, aku rasa sayang la dengan blog ini eventhough ianya kelam dan bersawang.  Haha.  Aku malas dah berjanji kenkonon nak update selalu kat sini sebab kekangan masa aku la.  Aku banyak di alam nyata dah sekarang ni.  Dulu-dulu ye lah jugak sebab aku tak dek life mana.  Pergi kuliah, balik bilik.  Pastu masa tu bujang.  Bila ada anak pun, kau suri rumah solehah.  Anak pun baru sorang.  Bila dah start kerja semula, barulah kau tahu betapa masa itu emas.  Sangat tak berbaloi kalau duduk-duduk saje.

So, aku matikan niat nak buat blog baru tu dan aku rasa, aku nak fokus kat sini sajelah.

Here goes my new transformation!

Aku akan lebih banyakkan berkongsi tentang khidmat rundingan yang dah aku bina sejak 3 tahun lalu.  Alhamdulillah, satu bidang yang sangat masuk dengan jiwa aku.  Harap korang boleh doakan aku berjaya dalam bidang ini ye.  Ameen.