Assalamualaikum wbh..
Rasanya semua orang pun memasang impian untuk jadi orang kaya. Persepsi kaya secara amnya.. kita akan nampak kaya dengan duit. Duit banyak, rumah besar, kereta mewah, baju cantik, makan sedap, bercuti sana-sini, derma ribu riban dan macam-macamlah persepsinya. Bergantung pada impian dan fokus kita nak kaya tu untuk apa.
Waktu mula-mula saya berhenti kerja dan jadi suri rumah, fokus nak jadi kaya dah mula down. Terfikir macam manalah saya nak kaya kalau tak bekerja. Kalau simpan penuh nafkah bulan-bulan pun, saya takkan kaya (baca sebagai lambat jadi jutawan) melainkan suami saya bagi RM100,000 sebulan. Okeylah, paling komang pun, RM 10,000 sebulan. Dapatlah saya kaya dalam 10 tahun. Haha.. tapi hakikatnya.. saya berkahwin dengan seorang suami yang beriman, baik, penyayang dan rajin berusaha seadanya. Bukan seorang suami yang jatuh atas harta karun. Bukan juga seorang suami 'jam 7 petang'.. pendek kata, suami saya suami original kelahiran dunia, bukan khayalan dunia Akasia.
Tapi, Tuhan masih berikan saya kelapangan dalam mencari sesuatu yang boleh terus saya jadikan cagaran untuk impian saya itu. ILMU. Belajar tinggi-tinggi, masuk dapur juga. Yes. Saya masuk dapur tapi bila keluar dari dapur, keluar bersama wang ringgit. Hehe. Itulah bezanya orang berilmu. Memasak bukanlah satu kepakaran saya tetapi minat dan perasaan ingin mencuba selalu jadi inspirasi untuk saya buat apa-apa.
Saya ialah seorang yang introvert. Saya akui saya bukan jenis yang suka berkawan. I mean, bersosial. Saya lebih suka buat kerja saya saje. Maybe sebab tu, saya ada blog untuk bercakap. Yelah, lantaklah bab orang baca ke tidak. I dont do blogging for people to stalk my life (walaupun suatu ketika dulu ada. Hahah..). And until now, saya tak buat blog untuk cari pendapatan sampingan. Blog just a place for me to write up memories. Moga-moga satu hari nanti anak-anak saya boleh baca bebelan mommy diorang.. Hihi.
Berbalik pada persoalan nak jadi kaya; - cepat, bila saya dah mula libatkan diri dalam bisnes, jualan langsung pula tu... MLM pula tu, haha... orang dah mula aim nak lihat kereta saya berjenama mewah. Pakaian saya up to date.. tayang duit berkepuk dan paling di tunggu-tunggu, saya jatuh dan menyesal join MLM ni. Hahaha...
Tapi, saya tidak melakukan bisnes ini untuk itu. Sebenarnya, saya pun tak sangka saya mampu berbisnes setahun ini tanpa gagal mendapatkan sales dan alhamdulillah, masih bertahan dalam bisnes yang 'dibenci' tanpa sebab ni. Kadang-kadang saya pelik, orang sanggup menafikan kewujudan supplement yang baik, hanya kerana ianya sejenis MLM. Tapi saya masih tak rugi, kerana yang menolak tu biasanya yang belum memerlukan lagi. InsyaAllah, semoga suatu hari nanti mereka menjadi pelanggan saya juga.
Pada saya, kaya yang dicari bukan untuk tatapan orang. Bukan juga untuk saya show off hasil kerja keras saya. Saya tak mahu hidup dalam persepsi orang yang saya sendiri cipta untuk mereka tonton. Jika mereka mencari 'hasil' bisnes saya melalui kereta mewah, atau dengan kehidupan saya yang berubah, itu hak mereka. Tapi, saya mencari nilaian yang lebih daripada itu.
Kecerdikan dalam memilih jenis bisnes.
Saya terjun dalam bisnes ini kerana saya suka lihat orang sihat dan berpuas hati dengan taraf kesihatan mereka. Suka tak suka bila orang yang dah nak dipotong kaki, hantar feedback tak jadi potong sebab luka dah makin baik, gula dah makin terkawal?
Suka tak bila mereka yang dulu diejek gemuk dan berat kini dah normal dan sihat?
Suka tak bila ibu-ibu dapat bentuk badan yang cantik dan menawan?
Suka kan? Syukur kan?...
Itulah kepuasan yang saya impikan. Bab tukar kereta.. eh, beli sebenarnya sebab saya masih meminjam kereta keluarga sekarang.. T_T tunggu dululah. Bukan keperluan mendesak lagi. Haaaa.. lagipun, saya ni mudah rambang mata. Tunggulah sampai dah jatuh cinta betul dengan jenama kereta mana, nanti saya beli. Beli pun.. sebab saya nak, bukan nak impressed orang pun. Kalau ada yang ter"impressed", be better than me. :)
Wassalam.
tanpa putus mendapat bonus bulanan. Alhamdulillah.. membantu fokus saya nak jadi kaya. Heee |