Sunday, January 12, 2020

Work At Home Mom (WAHM)

Assalamualaikum.

Dari dulu lagi saya memang tak bermiant nak bekerja dengan agensi kerajaan.  Tapi, bila parents adalah dua-dua berpencen dari sektor tu, mereka akan nampak agensi kerajaanlah yang terbaik.  Huhu.. saya lebih suka kerja sendiri atau dengan erti kata lain, berniaga.  Yelah, kau nak duduk-duduk sahaja kat rumah pun tak boleh juga.  24 jam masa yang diberi oleh Allah swt ini terlalu banyak jika kita manfaatkan denagn sebaiknya.


Akhir tahun hari tu, biasalah belah-belah sini akan berlaku musim tengkujuh.  Anak-anak saya dua-dua demam teruk.  Lama demam mereka tu.  Sudah keluar masuk berapa buah klinik kerajaan dan swasta pun asih belum kebah.  Mula-mula dari si abang lepas tu si adik yang setahun lebih tu pulak berjangkit.  Aduh.. memang tak tidur malamlah jawabnya Mommy.  Sudahlah PJJ.  Memang bulan tu Mommy bertukar rupa jadi panda dah.


Bila kita kurang tidur, kurang rehat.. mulalah sistem badan pun jadi lemah.  Rasa cepat letih, mudah nak marah.  Ya Allah.. messy giler saya rasa hidup bulan Disember lepas.  Kualiti kerja tak payah cakaplah.  Nasib baik unit saya tidak terlalu banyak work load.  Awal tahun dan pertengahan sahaja yang kerja teruk.  Hujung-hujung tahun begini ada la juga masa lapang.


Tapi, cuti tahunan pula dah hampir kering.  Arghhh, memang serabut bila saya fikirkan.


Akhirnya, saya ambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya.  Ye, saya nak fokus membina bisnes saya dan disamping itu, menjaga keluarga ini dengan sempurna yang boleh.  Lagipun, macam-macam datang dalam kepala bila kita buat kerja part time yang kita minat, full time yang tak minat!  Hahah.. korang boleh selami tak perasaan tu?


Alhamdulillah.. Allah itu Maha Memberi Rezeki kan?


Anak-anak macam tiba-tiba saje sihat, rumah tangga terasa lebih bahagia, dan hati saya juga tenang dan lapang.  MasyaAllah.  Terasa sangat nikmat yang besar jatuh ke bahu saya.  Rupanya, betullah orang kata.. bila kita merungut-rungut dengan rezeki, Allah akan sempitkan hidup kita.  Saya ini.. boleh dikatakan merungut jugalah bila saya selalu mengadu pada suami yang saya memang tak suka, benci dan tak boleh hadap lagi dah dengan kerja yang terikat masa 8-5 itu.  Pada saya, tidak padan dengan usaha yang saya beri.


Tenaga saya banyak berhabis tapi, pendapatan tidak seperti usaha.  Ah, banyaklah yang saya rungutkan!  Pendek kata, saya memang bukan jenis orang yang kerja fix time.  Masa kerja saya fleksibel.  Saya secara jujurnya, lebih suka dengan kerja dalam bidang swasta berbanding kerajaan ini.  Swasta, bila kita rajin dan buat OT, banyaklah pendapatannya.  Saya lebih suka kerjaya yang "kau rajin, kau dapat".


Jadi, bila tengok rahmat yang Allah bagi pada anak-anak, pada keluarga, dan paling penting pada diri saya sendiri iaitu nikmat ketenangan.. saya rasa saya patut teruskan sahaja dengan dunia pengurusan kewangan yang amat saya cintai ini.  Iye, jika orang kejar kerja kerajaan untuk berpencen.. disini juga ada pencen.  Malah, jumlah pencen yang kita ingini kelak bermula dengan usaha kita dari muda.


Lagipun, dalam mana-mana bisnes pun biasalah bab naik turun untung rugi tu tapi saya berpegang pada janji Allah, "man jadda wa jadda".  Bila kita memilih untuk berserah kepada Allah, berserahlah dengan sepenuh hati.  Kadang-kadang saya terfikir juga, kita ini.. perbuatan dan keyakinan kita tidak seiring.


Kita tahu Allah Maha Kaya, Allah Maha Memberi, Allah Pemilik Seluruh Alam.. tapi kita masih takut dengan janji-janjiNYA dan masih tidak yakin betapa DIA Maha Memberi Rezeki walau di mana kita berada.  Nak berbisnes, kena yakin hal yang satu ini.  Kena yakin, setiap atur langkah kita, Allah ada. Allah lihat.  Allah tahu bila waktu yang sesuai DIA beri rezeki yang kita minta.  Allah is my bestfriend.  Pada Allah kita mengadu, pada Allah kita bercerita.  Pada Allah, kita bincang strategi kita.


Jadi, kepada yang rasa masih tercari-cari apa pekerjaan yang boleh dibuat daripada rumah, jadilah konsultan unit amanah.  Kerjaya yang boleh sangat-sangat bagi anda pendapatan sehingga 5,6 angka jika anda mampu bertahan 3 hingga 5 tahun pertama.  Iye, betul!  Ini pengalaman saya sendiri.. jumpa ramai sangat leader dalam ni yang super awesome pendapatan mereka.


Lepas hantar anak sekolah pagi, bolehlah keluar bekerja antara jam 9 hingga 3 petang sahaja.  Kemudian, ambil anak dari sekolah dan memasak untuk keluarga pula.  Saya dah rasa time freedom ini dan saya nak ajak lebih ramai ibu-ibu yang hebat untuk turut rasa time freedom yet, money freedom!


Dari rumah pun, boleh datang rezeki.  Langkah hari ini bukan untuk bahagia esok, lusa.. tapi untuk 10, 15 tahun akan datang.  Saya selalu bayangkan, income saya berjalan tapi saya berbahagia dengan anak-anak ikut keperluan mereka.  Syok kan?


Boleh WhatsApp saya kalau berminat okey?

https://konsultan.wasap.my/