Thursday, February 9, 2017

Tips Elak Meroyan

Assalamualaikum wbh...

Sejak akhir-akhir ni, kerap sangat kita digemparkan dengan berita-berita ibu yang meroyan.  Bukan biasa-biasa kes yang dipaparkan.  Sedih pula saya nak senaraikan berita-berita tu untuk bacaan di blog.  Secara peribadinya, saya tidak membaca secara details berita tu.  Jadi maafkan saya kalau coretan selanjutnya ni, tidak kena dengan berita tu.  Saya tidak bermaksud nak ulas apa-apa cuma seperti biasa, apa yang saya tulis dalam blog ni... sekadar pandangan peribadi saya sahaja dan tak sesuai untuk dijadikan rujukan.  Sekadar cerita-cerita kita sahaja.. :)

Kenapa saya elak membaca berita-berita macam tu?  Sebab saya tahu diri saya bagaimana.  Jadi, saya tak nak la benda-benda macam ni lekat dalam kepala saya.  Soal ibu yang mendengar bisikan halus, tentang keluarga mertua yang tidak membantu dalam tempoh berpantang, kisah keluarga sendiri yang tidak peduli ahli keluarga, cerita sedih suami menganiaya isteri yang melahirkan zuriatnya dan macam-macam lagi.

Saya tahu, diri saya mudah terpengaruh.  tak nak..tak nak!

Memang menyedihkan bila ibu yang meroyan ini, mencederakan diri sendiri.. dan anak.  Sangat-sangat menyayat hati.  Kalaulah kita mampu mengawal diri, memang tiada siapa yang nak benda-benda macam ni terjadi.  Meroyan ni, macam hilang akal.  Hilang pedoman.  Si peroyan (betul ke istilah tu?) pun tak sedar dia buat semua tu...  kita yang melihat ini, janganlah mudah menjatuh hukum.



Saya pun tak tahu bahaya meroyan ni sampai macam mana.  Ingatkan setakat depression biasa.. mengeluh biasa-biasa je.  Masa berpantang dulu pun, mak abah saya selalu telefon dari Mekah untuk bertanya khabat.. sebab saya berpantang seorang diri,  Tak de siapa tolong tengok-tengokkan.  Sesekali saje mak saudara dan adik beradik menjenguk.  Suami pula lepas hantar saya ke kampung, sebab nak berurut dengan bidan kampung terus balik ke KL.  Biasalah, kerja swasta...  Nak berurut di KL, rasa macam tak lawas pula urutan dia.  Huhu..

Mama selalu mengingatkan dan LARANG saya menyapu atau ke dapur memasak.  Soalnya, saya menyapu sebab tak tahan debu sebab lama dah tinggal rumah di kampung.  Dan sementelahan saya bersalin pun terawal sebulan dari tarikh, so parents memang tak ready untuk mengemas betul-betul bilik saya.  Cadangnya lepas mereka balik umrah, 2 minggu tu baru saya bersalin.  Bukanlah berdebu giler.. tapi itulah orang berpantang... cerewet dia Tuhan saje tahu.  Ibarat saya boleh nampak ni haaa... debu-debu berterbangan kat depan mata.  Rimasnya masyaAllah...

Bab memasak pula, saya lapar.  Orang berpantang selalu lapar.  Menyusu lagi.  Jadi, saya sukarela je pergi memasak hidangan yang saya rasa selamat untuk dimakan.  Mak saudara saya bukan 24 jam bersama.. dia pun kerja.  Biasalah, benda terjadi serta merta..  Pada saya, semua ni Tuhan nak uji sebab kita mampu.

Saya tahu kalau dilayan sangat letih, memang saya boleh meroyan!  Walau saya tak tahu apa itu meroyan..  just dengar cakap-cakap orang saje.  Mak saya memang tak nak sebut pun perkataan tu depan saya.. mintak jauh katanya.  Tapi itulah, saya selalu ingatkan diri saya, saya kena kuat.  Kena sabar.  Allah selalu ada.  Kalau tak larat, buat setakat larat.

Alhamdulillah... saya lalui tempoh berpantang dengan baik dan sabar... walau diuji dengan perangai orang sekeliling yang sangat menjengkelkan.  Thats why sometimes, saya rasa sikap degil dan garang saya ni ada baiknya juga.  Kalau saya jenis yang lembut manja-manja, berpantang sendiri... diumpat keji oleh orang terdekat... mau lumpuh semangat!  Tapi saya jenis tak peduli... saya mampu motivasikan diri sendiri.  Tidaklah mengeji apa.. cumanya terdengarlah juga suara sumbang tentang pantang sendiri itu, pantang sendiri ini.  Alah, saya sudah lama telan sikap orang sekeliling yang begitu.  Pda saya, mereka tidak tahu.  Bercakap memang mudah.



Sebenarnya bukan saya yang kuat, tapi sebab ALLAH itu dekat.  Itu yang paling saya syukur.  Allah masih melihat saya dengan pandangan kasih sayangNYA.  Jika DIA tidak lagi kasih pada saya, tentu saya lemah!  Terima kasih Ya Allah..

Namun begitu, saya setuju jika ibu yang berpantang diberi perhatian khusus.  Tidak dinafikan, memang letih, stress, serabut dan semualah bila dalam pantang.  Sebabnya, kita sedang lemah.  Jadi, tolonglah pada orang-orang sekeliling, jangan mudah nak judge ibu-ibu yang dalam pantang nie.  Let them be the way they want.  Contohnya dia nak tidurkan anak gaya macam ni, kalau benda tu tak membahayakan ibu dan anak, biarlah.  Ikutlah keselesaan dia.  Yang penting, jangan buat ibu berpantang stress dengan macam-macam hal yang remeh-temeh.  

Kalau dia dah ada anak yang sedang membesar, please.. please.. tolong tengokkan anak dia dengan kasih sayang.  Memang sepatutnya, ibu berpantang.. dengan bayi sahaja.  

Walau apa pun, pesanan saya pada ibu yang sedang mengandung dan bakal bersalin kelak, tak perlu terlalu galak membaca dan berfikir tentang meroyan ni.  Makin anda fikir, makin anda risau dan mulalah nak membayangkan keadaan anda nanti.  InsyaAllah, everything will be fine.

Most important things, kita as Muslim.. dalam apa jua keadaan, kena selalu top up iman.  Kerisauan kita pada masalah tidak akan sesekali berkurangan selagi mana iman tidak di dada.  Risau dengan meroyan, banyak-banyakkan membaca al-Quran sewaktu dalam tempoh mengandung.  Banyakkan istighfar.. solat taubat, solat hajat minta diberi kekuatan.  Bukan dengan mengumpul sebanyak mungkin fakta tentang tanda-tanda meroyan.  Bacalah segala macam tips dan petua pun, kalau Allah tidak di hati.. susah juga.

Jadi, selalulah positif dan dekatkan diri dengan Allah.  Kita hamba, pada siapa lagi kita nak berharap kalau bukan dengan Pencipta, kan?..  semoga saya dan anda semua diberi kehidupan di dunia penuih dengan taqwa dan kebaikan. Ameen.  Terima kasih sudi baca. :)