Tuesday, February 3, 2015

Selamat Ulang Tahun, Cinta!

Assalamualaikum wbh...

31 Januari 2015.



Genap setahun usia perkahwinan aku dan dia.  Syukur Alhamdulillah kerana setahun bersama membawa kami berdua ke arah fasa kematangan yang lebih baik daripada sebelumnya.  Sekejapan sahaja rasanya masa berlalu dan tidak lama lagi akan bertiga pula.  Tahun ni aku tak bercadang nak beli apa-apa hadiah untuk Fitri sebab bulan Mei nanti InsyaAllah aku akan bersalin dan cukuplah tu hadiah hari jadi terbaik pernah aku bagi.  Haha..

Kehidupan aku dengan Fitri biasa-biasa je.  Macam perkahwinan orang lain juga, ada pasang surutnya.  Cuma pasang kami tak lama la bak kata kawan aku, maybe sebab aku jenis lepaskan je apa yang aku rasa.  Aku tak simpan lama.  Dan Fitri pula jenis selamba je telan apa yang aku bebelkan.  Kira jarang la nak melawan balik.  Hihi.. sebab tu kejap je kalau gaduh pun.  Aku cepat sejuk kalau orang tak percikkan balik kemarahan aku.  Kalau tak, hurrmmm... (kening bercantum, mata sepet)

Dalam setahun ni, banyak perbezaan dan persamaan antara aku dan Fitri yang dapat aku discover.  Hihi.. antaranya ialah;

KUCING vs IKAN

Fitri suka bela ikan.  Katanya menenangkan tengok dasar laut ni.  Dia tak suka kucing.  Aku tengok kalau kucing menempek tepi dia... mesti dia tahan nafas.  Hihi.. dia tak suka bulu kucing sedangkan aku pulak, suka ngat ngan kucing.  Dan aku tak suka bela ikan sebab aku rasa macam sunyi jek.  Ikan tak de bunyi.  Kucing ada miow..miow!

Tapi after kahwin ni, slowly dia terima kucing.  Apatah lagi kucing yang aku pungut macam ni.  Kuikui.. sekarang, dia pulak yang selalu tanya aku makanan kucing ada stok lagi ke tak dan kadang-kadang tak sempat aku beli, dia dah top up kan.  Dan aku pulak.. suka beli stok ikan untuk diletak dalam akuarium dia kasi meriah sket.  Heeeee...

Dan yang paling touching, sepanjang aku mengandung ni, dia la yang tolong bersihkan najis kucing dalam litter box tu.  Pagi-pagi lagi dah bangun untuk bersihkan.  Thank you love.  I iz (am) touched!

kehidupan bersama yang harmoni..

ADA vs TIADA

Haaa... bab ni aku pantang sikit.  Huhu.. Fitri, kalau dia dah buka saji pastu makan makanan yang ada, lepas makan dia akan letak tudung saji tu balik which so ‘tomakninah’ nye.. Maka dengan itu, aku pun lega la sebab boleh menjamah jugak makanan yang sama.  Tapi bila diangkat, kosong!  Sampai hati beri harapan pelesuuuu.. T_____T


DALAM RUMAH vs LUAR RUMAH

Bab basuh kain baju, aku tak payah bimbang.  Kalau bakul baju dah penuh, Fitri secara otomatik akan tolong aku masukkan dalam mesin basuh.  Bab lipat kain tu, tak apa... biar aku setelkan sebab kalau dia tolong lipatkan pun, last-last aku kena buka balik dan lipat semula sebab dia lipat tak ikut saiz standard.  Kejap ada yang besar, kejap ada yang kecik.  Aku tak suka.. nanti bila simpan dalam almari, baju mudah nak tumbang.  So, bila dia dah tolong basuh tu, Alhamdulillahhhh...

Tapi masalahnya, bila tiba bab menjemur... hurmmm... tak kira la cuaca macam mana pun, dia lebih suka jemur dalam rumah.  Kemarau ke, hujan ke.. tetap jemur dalam rumah.  Manakala aku pulak, sanggup keluar masuk rumah semata-mata nak dapatkan cahaya matahari tu.  Bagi Fitri, senang kalau jemur dalam rumah je.  Kalau hujan, tak payah kalut nak gi angkat.

No, no!  Aku akan jemur luar rumah kalau hari memang dah panas terik sebab nanti bauan sabun tu akan lebih kekal lama apatah lagi kalau pakai pelembut.  Kalau jemur dalam rumah, buat hapak je lebih.  Huhu...

Actually, banyak la lagi perbezaan antara kami tapi bak kata orang, perkahwinan itu melengkapkan antara satu sama lain.  Kalau nak bukak jurang beza, memang sehari pun tak habis taip entry ni.  Yelah, carik salah orang kan best?  Huhu...  so, apa kata tak yah nak fikir sangat kekurangan yang ada.  Bersyukurlah kerana diberi rezeki mempunyai pasangan halal.


Sempena ulang tahun ni jugak, sebenarnya dah seminggu lebih aku fikir kat mana nak celebrate.  Konon kalau boleh nak arr tempat yang romantik sikit.  Aku dah lama nak pergi Bora Ombak.  Tempat dia memang eksklusif la kalau nak sambut apa-apa dengan orang yang tersayang.  Dan dengar kata disitu juga ada pakej untuk couple.  RM150/couple.  Berbaloi jugak sebab nanti akan ada musician yang mengiringi dinner kita dan juga candle light dinner!  Woohaaa..

pic credit to Fatin suhana

pic credit to Fatin Suhana

Tapi, semakin hari mendekat, mood aku pulak semakin tak kuasa nak layan benda-benda sweet cenggitu.  Mana taknya, tiga hari sebelum kitorang punya anniversary, dahhhh kena pulak test MMT.  Dah cukup 'sweet' dah minum air gula segelas tu semuanya gara-gara kerana berat aku sudah terlebih setengah kilo daripada had.  Muehehe.. nak buat macam mana... berselera la katakan.  Lagipun, aku memang makan je sejak pregnant ni sebab fikir tu untuk baby cumanya, aku kurangkan makanan bergula dan bergaram serta berminyak.  Heh, tapi kurang itu ini pun berat still naik and nurse pun suspect aku ada kencing manehhh..  sobss!  Tak apalah.  Enjoy je laaa sebab kalau waktu-waktu tak mengandung, jangan harap nak tengok jarum penimbang berganjak.  Statik dowh 40kg.  kuikui..  Ni nampak naik sampai 46 tak ke bahagia.. hihi...

Kemudian, aku fikir kalau dah macam tu, lebih baik aku buat majlis kesyukuran sahajalah.  Lagipun, aku teringin nak makan mee kari.  Mee kari ni, kalau nak masak untuk makan berdua memang tak berbaloilah sebab nak masak dia pun dah berjam-jam dengan bahan-bahannya lagi cukup banyak.  Jadi, aku dan suami putuskan untuk buat mee kari di majlis kesyukuran kami itu.  Alah, buat kecik-kecik je sebab aku pun dah tak larat nak berdiri lama-lama memasak.. kang ada yang tergolek sakit pinggang.  Walaupun kandungan aku tak sebesar mana, tapi sesekali terasa jugaklah kelenguhan tu.

Jadi, pada 1 Februari 2015 tu berlangsunglah majlis kesyukuran ulang tahun perkahwinan kami berdua yang pertama dengan kehadiran ahli keluarga, rakan-rakan rapat dan jiran tetangga je.  Alhamdulillah.. walaupun Fitri terpaksa pulak bekerja di hari Ahad itu, tapi Tuhan bagi kekuatan pada aku untuk handle majlis ni.  Nasib baik tak ramai sangat jemputan.  Kalau tak, lembiklah aku jawabnya.

Menu yang dapat aku siapkan hari tu ialah yang utamanya haruslah Mee Kari.  Lepas tu cuma kek coklat moist, puding laici dan juga ceheesekut.  Kiranya, yang lain-lain tu aku dah siapkan malam sebelum tu.. cuma mee kari dan cheesekut sahajalah bangun pagi tu, lepas siapkan sarapan suami aku, pukul 7.30 pagi lepas dia pergi kerja aku pun singsing lengan baju jugaklah memasak.  So, setup semua siaplah dalam jam 12.30..  Alhamdulillah, tetamu datang lepas Zohor dah boleh makan. :)



Sebenarnya kan.. kita kesian dengan inciksuami je nak pulun macam-macam dalam satu bulan... heeee... sebab tu ambil inisiatif nak buat majlis makan-makan kat rumah je sebab seminggu sebelum tu, kitorang dah jenjalan ke Genting Highland. :") kat sana dah macam-macam inciksuami belikan... cakap je nak apa.. nak gi mana... semua dia turutkan sampai kereta 4WD kitorang pun dah penat nak mendaki... sampai hangit tayar!  Hihi..  lagipun, bulan depan plan nak siapkan semua sekali barang-barang baby.. heeee... baby dah nak kuar dahhh.. lagi nak pakai duit kan?  Jadi marilah kita berjimat cermat.  jadi isteri ni kena bijak menguruskan kewangan.. jangan boros-boros.  Kesian suami.. :)






Maka dengan mengadakan majlis kesyukuran ini diharap rezeki kami makin bertambah, rumah tangga rukun damai dan semoga cinta mekar di hati kami berdua sehingga selamanya. InsyaAllah.  Aminn.  Terima kasih sudi baca!