Tuesday, February 10, 2015

Owhh..Tolonglah!

Assalamualaikum wbh...

Shopping baju baby adalah saat yang paling menggembirakan bila dalam tempoh sekarang.  Tapi, bab pertama yang terlintas dalam kepala tiap kali nak keluar rumah ialah, baju!  Sebenarnya, baju-baju yang aku pakai sejak dulu memang bersaiz L atau M walau hakikatnya aku ni saiz badan S je.  Jadi, tiap kali hubby ajak shopping baju mengandung masa awal-awal dulu aku akan menolak dengan alasan baju-baju T, blouse yang lama masih boleh dipakai lagi sampailah dah masuk 7 bulan ni, barulah aku mula risau dengan saiz baju sedia ada yang kalau dipakai jugak mesti menampakkan baby bump yang ketara. 

I feel so ashamed if the baby bump too obvious.  Maluuuu... rasa macam naked giler.  Hihi.. maka oleh yang demikian, sejak perut makin membesar ni, aku pun dah jadi baik sikit.  Muahaha...  Tudung pun kasi pakai yang besar-besar.. kalau boleh nak bidang 60-65 gitu tapi aku tak suka pakai bawal.  So, pakai wide shawl.  Dan terpaksa beli baju baru.  (Yeay.. ada orang belanja, say no hal!) 

Aku pakai baju besar-besar.  Sebab tu, tiap kali aku gi buat checkup kat klinik, ibu-ibu mengandung yang lain akan pandang ‘slek’ pastu tanya soalan “Datang sini buat apa?” yang buat aku fikir, nak jawab ke tak nak.  "Check up baby, kak."  Pastu sambung balik, “Ooo... tak nampak macam mengandung pun?!”

=_=’  

Okey.  Aku sentap noks.  Tapi chill lah!  Orang lain memboyot kot nak bawak perut pun susah je nampak tapi aku still boleh jalan selamba lagi.  So, its okey la kalau perut kecik pun.  See the mama la.  Huhu...

Tapi, walaupun aku gigih berjalan sana sini, dan kegilaan untuk shopping pun menjadi-jadi, tambah-tambah pulak depan rumah AEON tak sampai 5 minit, lagilah syiok kan membeli dan belah.. hakikatnya tetap lenguh bila beratur nak tunggu giliran untuk bayar.  Actually, jalan tu tak letih, berdiri static tu yang buat badan jadi letih dan pinggul pun mula kebas dan sakit.  Biasanya aku pilih-pilih barang pastu hubby yang akan tunggu giliran nak bayar.  Aku pulak akan merayap gi jenguk kedai-kedai berdekatan sementara tunggu dia. 

Tapi, bila shopping sorang-sorang, jadi tak best!  Aku cukup tak suka orang yang menyalahgunakan kemudahan.  Huhu.. hari tu, pergi AEON.  Dah sampai tempat cashier, hancur luluh tengok barisan untuk lane khas panjang giler.  Nak tak nak, beratur je lah kan?  Pastu, ada seorang brother ni pandang je aku.  Musykil la kot nak dahulukan barisan ke tak since perut aku pun bias-bias je macam mengandung.  Hati aku dah berbunga sikit sebab dapat rasa dia seorang yang gentle nak kasi aku bayar dulu. 

Last-last dia ignored je.  Hampeh.  Walaupun aku beli barang tak banyak, tapi macam aku cakap tadilah.. nak beratur dan berdiri lama tu terasa jugaklah sakitnya tambah-tambah kalau si kecik kat dalam pun dah bosan dia akan start tending-tendang.  Haaa..  lagi tambah-tambah sakit bercampur geli. 

Disebabkan dia buat tak peduli pada aku, tak semena-mena aku pun mengeluarkan kata-kata berbaur kejahatan.

“Bang, lane ni khas untuk perempuan mengandung.  Diulangi, perempuan.  Bukan lelaki yang mengandung,” sambil menjuih pada perutnya yang comel itu. 

Pang!  Dia lempang aku.  Aduh!  Aku tersentak.  Aku raba pipi.  Adehhh.. nasib baik berangan je kasi ayat pedih cenggitu.  Kalau betul-betul, maunya berjalur pipi.  Cepat-cepat aku alihkan pandangan dari dia.  Risau takut dia ada ilmu telepati, mampos!

Sebenarnya, kami pernah sekali terberatur di barisan "Less Than 8 Items".  Seriously memang tak perasan kot.  Dah tu, sambil beratur sambil berborak.  Aku memang tak perasan dan hubby aku pun tak terpandang papan tanda tu.  Dah lagi ada dua orang je dari kaunter, baru aku perasan yang kami di lane yang salah.  Terus aku ajak hubby untuk tukar lane memandangkan dalam bakul kami ada lebih kurang 12 barang cenggitu.  Baru kami nak pusing, seorang pakcik Cina ni tetiba tegur kitorang.

"Ini lane kulang balang la.. you olang punya balang manyak banyak maaa.. pegi lain laaa.."  Adeehh.. memang la kitorang nak pindah lane uncle.  Tak perasan kot.  Huhu.. 



Okey la.  At least kitorang sanggup beratur panjang balik.  Uwaaaa...

Itu bab dalam shopping mall.  Belum lagi di luar shopping mall.  Kadang-kadang tu, bengang jugak dengan sikap orang kita.  Malaysia is going towards Wawasan 2020 tapi mentaliti kita semakin terkebelakang.  Boleh ke kita jadi sebuah negara maju kalau peraturan semudah ini pun kita tak boleh ikut?
  

Fikirkan okey.  Mungkin kita anggap remeh, tapi pada mereka yang berhak, ini soal besar!  


Kadang-kadang ia bukan disebabkan budaya, tetapi tentang sikap, iman dan kemanusiaan.  Terima kasih sudi baca!