Thursday, February 12, 2015

Mana.Mau.Makan :: Serabei Cafe

Assalamualaikum wbh...

Dulu-dulu, mak kita selalu warning bab memasak kalau nak menikah.  Boleh dikatakan kebanyakannya macam tu sampai ugut beb... selagi tak pandai masak jangan harap dapat kahwin.  Apo ni.. keinginan nak menikah letaknya di hati.. manakala nafsu makan tu letak di lidah.  Tak aci betul syarat mak-mak.  Kalau tak diizinkan menikah, macam mana nak pandai masak.. bukan ke cara nak mengekang nafsu tu dengan berpuasa?  Hihi.. kalau asyik berpuasa akibat menahan nafsu, bila nak masaknya?  Muehehe..

But, as time goes by.. mak-mak pun dah tak kisah dengan kemampuan anak-anak perempuan ni dalam bab memasak sebab anak-anak perempuan pun dah belajar tinggi.  Balik sekali sekala waktu cuti semester, mesti mak nak hidangkan makanan yang best-best.  Jadi, kalau yang rajin tu turun la ke dapur bantu potong bawang ke apa.. yang sedikit rajin tu tunggu untuk jadi Souf Chef je lah.  Macam aku...

Bagi aku pulak, skill memasak memang totally develop after nikah.  Seriously, sebelum kahwin aku bukan seorang yang suka di dapur melainkan untuk baking kek.  Itu aku suka.  Bab masak memasak, adik aku lebih pakar.  Padan laaa... dia amek Kulinari.  That one part of practical la kan?  Aku kan amek jurusan haiwan, jadi.. aku lebih suka mingle around dengan kucing-kucing aku. 

After kahwin, boleh dikatakan kitorang jarang makn dekat luar.  Sementelahan pula, suami aku memang tak suka dengan masakan di kedai-kedai. Walau sekadar telur goreng mata kerbau, its okey for him as long as home dining.  Mula-mula, aku gelabah jugak sebab waktu dalam tempoh bertunang, aku memang tak berpeluang nak praktis sangat pun.  Waktu kerja aku masuk jam 7.30 pagi which is pukul 6 pagi dah kena bersiap then habis kerja kadang-kadang jam 5 petang atau paling lewat pernah aku balik jam 8 malam.  Dan, hanya Ahad sahaja cuti rehat yang mana aku guna sepenuhnya untuk tidur separuh hari.  Hoho..  memang kronik hidup aku.  Tapi biasanya, kalau tunang aku tak kepenatan jugak, kami akan keluar makan kejap and before 11 dah balik sebab aku memerlukan tidur yang cukupppp... seharian kerja bersamaan dua hari!

Oleh itu, lepas aje menikah aku terus chow daripada company tu and kerja lain pulak yang hanya menuntut waktu keje dari 8.30 hingga 5.30.  Okey la tu.. dah tu kejenya duduk je dalam opis tu.. hihi.. latihan memasak aku memang bermula sepenuhnya sewaktu dah kahwin.  Aku tak ingat masakan pertama aku untuk suami tapi sewaktu awal-awal kahwin dulu, antara menu yang kerap aku masak ialah ayam masak kicap, ayam masak pedas dan nasi goreng yang mana kata suami aku, bab goreng-goreng aku memang win!  Hihi.. 

Itu dulu..sekarang ni Alhamdulillah.. masuk setahun pernikahan kami, setiap kali husben request nak makan itu ini, insyaAllah aku dapat buat.  Malah, buat laksam pun aku dah terer dari mak aku.  Hihi.. bukan mama tak reti cuma katanya malas dan leceh sikit nak buat mee laksam tu.  Iye.. memang pun.  Aku buat pun sebab dibantu suami.  Kalau tak, jenuh jugak nak buat sorang-sorang.  Dan, roti jala pun dah buat.  Semua tu, dalam kategori leceh jugaklah sebab ambil masa yang lama.. lainlah kalau nak makan laksam sebatang, roti jala sekeping.  Hihi..  jadi, sape kata tak reti masak tak leh kawen?

Hakikatnya, memasak ni memerlukan latihan dan kesabaran.  Kalau kurang latihan, memang tak menjadi pun.  Bila sudah sering buat latihan, tak perlu sukatan sangat dah.  Kita dah boleh agak kalau letak banyak ni, rasa macam mana malah bahan tersembunyi dalam masakan tu pun kita boleh teka.  Itu part paling best tambah-tambah kalau makan kat kedai sekali je, kalau teringin lagi, buat sendiri kat rumah!  Bahagia habis!  Itu yang jadi sukatan agak-agak tu..  so, ‘chill’lah pada siapa yang nak kahwin tapi skill masak bawah tahap lulus tu.  Its okey asalkan lepas kahwin, try to develop the skill.  Best tau masak ni.. tambah-tambah kalau dapat suami yang tak cerewet sangat dan support usaha si isteri.  Erti support tu maksudnya, kalau terlebih garam, telan je perit-perit pun kasi licin pinggan.  Lepas tu baru komplen.  Ngerti?

Panjang aku citer kan?  Padahal nak explain pasal tempat makan ni jek.  Muehehe... tadi aku teringin nak makan nasi dagang tapi dagang tak laku.  Wakakaka... heh, actually aku tak faham lawak ni. 


Kemudian, aku search la resepi untuk buat nasi dagang dengan perasaan berbelah bahagi sama ada nak keluar beli bahan-bahan ke tak.  Sekali, aku jumpa satu kedai makan di Ayer8, Putrajaya yang menghidangkan masakan-masakan Pantai Timur.  Terbaik!  Tak payahlah aku masak.  Gi makan kat kedai lagi cepat tambah-tambah suami aku ada dinner syarikat, jadi kalau buat pun nanti tak dek sape nak makan.  Nasi Dagang ni mudah basi..

Lalu aku roger kawan aku gi Putrajaya untuk lepak bersama.  So, lunch aku hari ni ialah di Serabei, Ayer8, Putrajaya!  Tapi itulah.. sedihnya Nasi Dagang habis pulakkk.. jadi aku amek menu laksam.  Harga, biasa-biasa je.  Kira mampu bayar dan mampu makan.  So, jom cekidaut dia punya menu.


Nasi Kerabu

Nasi Dagang

Laksam

Serabei

Alamat : Lot A2-3-GA, Ayer@8, Jalan P8 G/13, Presint 8, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

No. Telefon : 012-958 1056

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)