Wednesday, April 30, 2014

Perjalanan Cinta 5 :: Episod Bencinta

Assalamualaikum wbh…

Lepas kisah di Mekah tu, aku teruskan hidup macam biasa sahaja sampailah habis ijazah dalam bidang sains ternakan.  Tak de cinta-cinta sepanjang tempoh tu sebab aku terlalu focus study.  Oh, menipunya!  Hehe.. bukan focus sangat pun.. kalau focus aku dah dapat 4 flat terus sambung phD dah sekarang ni..  tapi, sebab tak ada calon yang berwibawa untuk aku jadikan pasangan hidup.  Kuikui…

Tamat belajar, aku terus kerja.

Dugaan tempat kerja, yelah… belajar pun dah habis.  Orang kata, kerja sudah.. bila mau kahwinnya?...  Bila lelaki dan perempuan bertemu, maka terpecik lah perasaan berkenan tu.  Tapi, sudah ku katakan sebentar tadi… jodoh ku masih belum ketemu.. walaupun si dia kata suka sama aku, tapi apakan daya kalau bertepuk sebelah tangan.  Aku tak mahu bukak hati aku hanya semata-mata kerana orang suka aku, jadi aku harus simpati dan buka hati untuk dia.  Tak mahu…  tak baik mainkan hati orang.  So, aku jelaskan pada dia, aku dan dia, kawan!  Alhamdulillah.. dia okey saja sebab dia pun faham, prinsip aku dalam mencari pasangan.  Until now, we are buddies!

Tapi, soal nikah kahwin ni memang soal sejagat.  Bila kau dah habis belajar, masuk pula chapter nikah.  Bab ni susah nak jelaskan pada masyarakat tentang soal ketentuan Allah.  Aku pun tak faham.  Bila orang kata tak sampai jodoh lagi tu, maksudnya tak adalah calonnya.  Hoho… makcik ado anak hensem dan beriman dok?  Bagi la kat cheq…

Walaupun aku ramai kawan lelaki tak bermakna mereka semua calon aku. Heh.. tak mahu ler satu course… hehe… aku suka lelaki yang bijak, smart dan pandai bawa diri.  Lagi satu, yang belajar dalam bidang lain, bukan bidang aku.  Sebabnya, supaya aku boleh belajar ilmu lain daripada dia.  Aku suka benda baru.  Like engineering and architecture.. tak tahu kenapa aku suka this two careers.  Boleh melting bila jumpa orang-orang ni.. hihi...

Jadi, after a year habis belajar pun, aku tetap enjoy dengan kehidupan bujang aku.

Tahun itu.. maknanya, tahun lepas, pilihan raya umum berlangsung.  Ni first time aku mengundi.  Kehkeh… di usia 26 tahun. Dulu belajar, mana sempat nak pangkah-pangkah ni.  Nak pangkah pemilihan untuk university pun berat.  Haha.. tapi terpaksa gak sebab dah jadi tanggungjawab kan memilih pemimpin tu..Kawan-kawan aku, my best buddies ada yang dari jauh dah balik beberapa hari awal and ada yang memang menetap disini macam aku.  Tapi, walaupun kami berjauhan, aplikasi WhatsApp mendekatkan jarak antara kami semua. ^_______^  Jadi, berita terkini antara satu sama lain still keep going.

Perempuan, di usia 25 tahun ke atas… biasalah kalau bukak cerita bab nikah kahwin ni.  Hihi.. dalam geng aku, Erma yang kawin dulu.  Okey, dia memang steady kapel, jarang dengar ada masalah walaupun Erma tu garang gak… haha… orang kata, cinta itu anugerah.  Ia menyempurnakan sahabat aku ni yang garang jadi perempuan Melayu terakhir.  Kehkeh… okey la tu… walaupun dia garang, tapi Erma jenis yang boleh diharapkan.  Eleh.. tak yah cakap Erma, aku pun garang gak.  Haha… al maklumlah, dia Exco Disiplin dulu… hihii…  lepas Erma, Azie pula mengikat tali pertunangan… Alhamdulillah.  Kiranya sekarang, tinggal kami berempat lagilah yang belum ado apa-apa ikatan ni.  Aishh… tergugat rasa. 

Walaupun begitu, Linlin (nama samaran) adalah the famous lover and flirter antara kami.  Beliau boleh diibaratkan penggoda sekalian alam.  Heeee… Linlin selalu cerita pada kitorang how she know this guy, that guy and how those guys cair dengan dia.  Haha… aku pun tak tahu ayat macam mana Linlin pakai tapi sumpah, dengar citer Linlin sepuluh hari sepuluh malam pun kau takkan mengalah.  Hehe..

Walaupun Linlin adalah seorang yang ramai peminat, tapi dia hanya setia pada seorang sahaja.  Tapi, akhirnya orang itu mempermainkan Linlin.  Lalu Linlin bersedih dan bercerita pada kami.  Isshh… memang lelaki suka melukakan hati wanita yang mudah rapuh.  Kami bagitahu Linlin, kalau lelaki macam tu, dia tak patut bersama dengan Linlin sebab Linlin adalah yang sangat adorable.  Eleh, kalau Linlin nak, sekali petik sepuluh yang datang tau… so, don’t be sad.  Tapi kesetiaan Linlin sangat tinggi.  Dia sedih dan kesedihannya itu membuatkan aku yang memang kosong bab menyelami perasaan cinta tak tahu nak kata apa.  Dengar boleh… huhu..

Ain.  Ain ni ketua tingkatan aku masa Form Five.  Hitam manis orangnya dan of course, baik budi bahasa.  Ain lemah lembut macam Azie jugak.  Eh, aku bukan nak puji kawan-kawan aku sangat pun… tapi memang diorang macam tu.  Jap laa… nanti aku cter pasal sorang ni… yang ni hantu sikit.  Haha… lemah lembut memang tak arr… Ain jarang kitorang dengar pasal buah hati dia.  Ehem, pandai dia sorok.  Kalau tanya pun cakap tak de, pastu tetiba kuar dating masuk FB, orang yang samaaaa jek?.. heheh… well, tak apalah, kitorang okey je asalkan dia bahagia.

Hah, ni nak masuk part si gila-gila nih.  Siti.. adoyai.. minah ni memang susah nak duga sket.. kadang datang angin gila dia aku memang tak leh handle.  Korang jangan carik pasal… heheh.. dia selalu jadi kepala dalam mengenakan orang tapi super duper fun.  Kalau bab nak planning apa-apa, ajak Siti.  Dia memang akan plan yang kaw-kaw punya… heeeee…  Siti pun macam Linlin gak, setia pada yang satu.  Tapi Siti ni rahsia sket la.. tak leh citer dalam ni kes dia.. hoho.. tapi setiap hubungan kalau tak diduga, tak tahu takat mana kau mampu harungi.. iya dak?... dan aku, tetap jadi sang pendengar yang setiaaa… uwaaaa, kisah cinta sendiri tak tahu ke mana…

Azie si putih-putih melati pulak dalam diam dan majlis yang keil-kecilan sudah bertunang.  Dia bertunang dengan orang yang dia baru kenal.  I mean, kawan kepada kawan.  Tapi, sudah jodoh diorang, segalanya putus di pertengahan jalan.  Azie bersedih dan kamilah yang menjadi pendengar setia dia.  Memang sedih la kot kalau dah putus tunang tu...  tapi nak buat macam mana, baik putus sekarang dari bertahan dalam kesakitan.  Tak gitu?  Huhu...

Nonim.  Nonim ni jenis Chipsmore.. haaaa.. susah tul kitorang nak reach dia.  Tapi tak pe, kitorang faham jek.. dia anak bongsu and ada satu saat yang kritikal, abang dia eksiden dan mak dia pulak sakit.  Tapi most of thee time, dia memang tak banyak join kitorang punya program.  So, tak banyak jugaklah aku dapat citer pasal dia.  Ngeh3...

Lepas tu kan.. tetiba aku rasa yang aku je rupanya yang single tak berpunya.. hurrmm…     

Mungkinkah aku akan bertemu jodoh tahun ni?  Sobs-sobs.. tak nampak bayang pun sape.. huhu.. aku walaupun selalu dengar cerita orang tu bercinta, orang ni bercinta, tapi untuk aku sendiri nak masuk alam percintaan tu bukan mudah.  Cam berat hatii je… cam takuttt je..  aku ada kawan-kawan yang best, jadi kadang-kadang isu ni tak adalah penting sangat pun bagi aku.. huhu…

Hurrrmm… cinta, bilalah nak datang…

* * * * * * * * * *

Seminggu lepas we all lepak citer itu ini, ingat tak kawan aku masa skolah Form 6 kejap tu.. yang baik dengan kak Zatul, si Fitri?  Wakaka... tak pernah-pernah dia ajak aku keluar, balik nak mengundi ni dia ajak aku keluar jumpa kawan dia.  Well, aku cakap kalau nak keluar, mintak la izin ngan Abah.

Hehe.. dan dia pun datang la jumpa Abah petang tu..

Kitorang kuar jumpa kawan dia kat pantai.  Jumpa kejap je then kitorang balik sebab dah nak Maghrib.  Alaaa, dia datang pun lepas Asar.  Dekat jam 5.30 macam tu baru kitorang keluar lepas dia settle ditemuduga oleh Abah. 

Dalam perjalanan tu, aku terpandang butik pengantin.

"Eee.. cantik betullah butik ni.. nanti kalau saya nak kahwin, saya nak usha sini arr.." 

"Bila nak kahwin tu?," tanya Fitri.

"Entah!  Tunggu la sape-sape nak masuk meminang!," aku ketawa sebelum sambung balik.  "Saya nak belajar lagi la Fitri... malas dah nak fikir pasal ni lepas dia buat saya macam tu," jawabku.  Fitri diam.  Dia tahu siapa yang aku maksudkan. 

Dan kemudian perbualan kami lebih kepada soal pemilihan parti dalam pilihan raya nanti.  Oh, dia berlawanan nih tapi its okey.. nama pun menyembang.  Aku bukan nak argue dengan dia pasal politician mana yang betul, mana yang salah.  Its depends la.. dua-dua pihak pun manusia.  Ada saat dia baik, ada saat dia kurang baik.  Tak yah nak agungkan sangat.... bukan maksum pun.  Hehehe..

Kemudian, dia cakap nak beli kete.. aku tempelak dia lagi sekali.

"Buat apa nak beli kereta?  Sekarang ni itu keperluan ke kehendak?," soal aku.  Soalan biasa yang aku tanya pada diri jugak kalau nak beli sesuatu.

"Kalau ikutkan, keperluan jugak kenderaan ni.." jawab dia.

"Tapi sekarang ni ia jadi kehendak kan?  Sebab kerja sekarang awak pakai kete company, rumah company.. nak beli kereta buat apa?  Jangan membazir.. why not you simpan je duit tu and one day, if dah tak kerja ngan company tu and u need a car, baru beli.  Kalau beli sekarang, tak ke rasa membayar sesuatu yang kita tak guna?," aku mula membebel.

Aku memang macam tu.  Harap maklum.  Haha.. kalau aku berkawan dengan seseorang dan banyak membebel dekat dia, maknanya aku sayang dan aku take care about them.  Kita dah anggap dia macam keluarga la kan?  Kalau aku, iya..iya.. suka hatilah.. tak kisahlah... maksudnya, aku bosan la tuuu.. hihiii...

Fitri angguk-angguk, mengiyakan.

"And.. kalau awak menabung pun, tak salahkan?  Kesilapan muda-mudi sekarang ni, asal ada duit, beli kete.  Padahal, benda tu kalau bertahan sket pun, tak sakit sangat pun.. beli rumah I guess lebih berbaloi.  Hartanah makin naik harganya.. kereta every year pun akan ada keluaran terbaru and makin murah," nasihat pakar ekonomi tak bertauliah ni lagi.... hihi...

"Dan.." aku sambung.  "Senang kalau awak nak kahwin nanti.  Jumpa je gadis idaman, terus bleh masuk meminang.  Tak adalah nak kapel-kapel.. dosa tu.  Baik simpan duit, dah jumpa terus masuk pinang!"  Heeee... aku sengih bila dia tengok aku semacam.  Hahaa.. sungguh tak malu gadis ni!

* * * * * * * * * * *

Seminggu selepas pilihan raya, aku dapat tawaran sambung Masters ke Ireland.  Hah?  Macam mana ni?.. huhu... Google semua kata biasiswa or pinjaman dah tutup.  Yelah, dah bulan Mei kot.. aku frust menonggeng!  Memang sangat frust!...  puas aku bertanya sana sini untuk dapatkan pinjaman kewangan, semua tak dapat dah.  Arrgghhh... rasa macam nak terjun bangunan saje.  Aku menangis, tiga hari tiga malam.. (tipuuuu)  Aku solat hajat, solat taubat mintak pertolongan dari Allah.  Aku mohon semoga segalanya ini ada hikmah yang terbaik!


Malam tu, aku tak boleh duk rumah.  Rasa serabut sangat bila fikir peluang nak sambung belajar dah terlepas.  Hurrmmm..  aku bawak kereta keliling bandar tanpa arah tujuan.

Tengah-tengah drive tu, masuk satu mesej.  Dari Fitri.  Aku tengok, panjangnya mesej... malas ah nak baca!  Ni mesti mesej nak tarbiah aku ni... haha..  aku campak enset atas seat sebelah..  aku pusing bandar tengok lampu-lampu.  Bawak kete pun siyes cam orang hilang jiwa.. 30km/hr...

Kemudian, aku berhenti kat tepi jalan.  Melangut seketika sebelum aku ambik balik enset dan bukak SMS Fitri tadi.

Gulp! Darah naik ke kepala serta merta.  Aku jadi pening jap.  Ni nak buat prank ke apa ni?... Eee.. mood tengah tak okey pulak dia nak mesej macam ni.  Aku taip-taip mesej balas... tapi tak send!   Ah, benci betul la.. orang dah la tak de mood ni.. tengah frust nii.. dia boleh pulak hantar mesej macam tu?!

Aku malas nak bermesej, aku call dia terus.

"Fitri, mesej apa yang awak hantar ni?," tanya aku.  Ni betul-betul angin time tu...

"Mesej betul tuuu," dia jawab.

Aku diam.  Kepala masih bengang dan bingung.  Lama aku diam sebelum aku tanya dia balik.

"Awak serius ke nak kahwin dengan saya?"

"Serius.  Saya tak main-main!," dia jawab balik.  Kali ni dengar serius jugak.

"Okeylah, jumpa ma ngan abah.  Saya malas nak pikir.  Kalau betul nak, minggu depan datang umah!  Ma abah setuju, saya pun setuju," pap, aku matikan telefon.  Aku bersandar nak hilangkan frust tak leh sambung belajar dengan hilangkan rasa terkejut lamaran tadi.  Gila ah!

Dua minggu lepas peristiwa tu, kami bertunang!  Aku tak jemput sape-sape... sebab satu ni cuma majlis bertunang.  Kalangan family je...  Dah tu, aku bertunang tak rancang dengan teliti pun...  ringkas je.  3 dulang hantaran saje; cincin, kain pelikat dan buah-buahan.  Yang wajib, ikut adat.  Pastu.. aku tak tahu.. macam mana aku nak berkongsi kisah suka aku dengan keadaan besties aku yang kebanyakannya mengalami musim kekecewaan?  Arrghh.. dilemanya!  Tambah-tambah, Azie!  Gullpp.. dia dah la baru putus tunang.. kang makin sedih pulak bila attend majlis aku ni?... huhu... tak apalah.. tunang je. Kahwin nanti aku jemput semua. InsyaAllah, itu niat aku... huhu... amiiinn...  

Tapi, inilah antara hikmah aku tak dapat sambung belajar tahun lepas... huhu.. nak dapat rezeki kahwin rupanya!

Jubah dress aqiqah yang di tambahkan lace...
Sebentuk cincin 

Sehelai kain pelikat
Semoga ikatan kami ini berpanjangan sampai ke akhir hayat.  Aminnn...