Wednesday, April 30, 2014

Perjalanan Cinta 6 :: Akhiri Penantianku

Assalamualaikum wbh..

Kitorang tetapkan tempoh bertunang tujuh bulan.  Itupun paling awallah.  Tengok keadaan macam mana.  Aku bertegas dengan Ma ngan Abah untuk uruskan sendiri perbelanjaan kahwin.  Tapi Ma dan Abah tetap nak bantu.  Aku kata, kalau mahu bantu jugak, urus soal makan dan tetamu sahaja.  Bab door gift, pelamin, hantaran dan segala kelengkapan perkahwinan termasuklah jurukamera, biar aku yang uruskan.  Okey, kami sepakat macam tu.  Tapi, riak wajah Ma ngan Abah kadang-kadang terlakar juga kerisauan.  Iye, aku tahu diorang risau pasal aku kerja setakat cukup makan dan memang waktu tu, aku pun tak ada duit simpanan untuk kahwin, langsung!  Duit gaji, habis tak sempat akhir bulan.  Yelah, RM700 je pun..

Alhamdulillah, lepas seminggu kami bertunang, aku dapat tawaran kerja yang lebih baik.  Terpaksa merantau ke Selangor.  Tuhan itu sangat tahu akan keperluan hambaNYA… perlahan-lahan, aku simpan duit untuk kahwin.  Dengan gaji yang ada, aku mampu menabung hampir seribu sebulan lepas tolak duit untuk Ma dan Abah. 

Walaupun begitu, kadang-kadang terdesak jugak bila stress dengan kerja.. dan aku pulak jenis release stress dengan window shopping.  Kalau tak bernasib baik, terbeli jugak!  Huhu…

Suatu hari, Ma telefon aku tanya perkembangan persediaan perkahwinan.  Walaupun aku rasa macam tak cukup, tapi aku tak berani nak beritahu Ma.  Aku yakin, aku mampu.  Dan aku boleh kahwin dengan duit aku sendiri, tanpa berhutang!  Aku tak mahu berhutang.. aku dah biasa berusaha nak dapatkan sesuatu.  Kalau tak dapat yang mahal, yang murah pun okey.. asal jangan berhutang!  Ayat biar papa asal bergaya tu, aku tak amalkan.

“Macam mana.. biar Ma tambah la kalau kurang,” kata Ma.

Aku menggeleng di hujung talian.

“Taka pa Ma, insyaAllah segalanya dipermudahkan.  Allah akan cukupkan segalanya.. usaha je.  InsyaAllah, boleh..” jawabku.

“Bila sebenarnya tarikh nak kahwin ni?  Asyik tak tahu… tak tahu ni..,” tanya Ma lagi.  Aku diam.  Aku pun sebenarnya jadi keliru.. betul ke aku nak kahwin dalam masa terdekat ni?

Kalau ikutkan Abah, syarat dia jangan bertunang lebih daripada setahun.  Hurrm.. kalau ikutkan hati, aku nak kahwin lepas habis belajar saje.  Tapi itu memang takkan terjadi.  Pasti terhalang punya… itu dah makan masa dua tahun tu.

“Tengoklah Ma… kalau duit orang dah cukup RM10,000, kahwin la..” jawab aku.

“Bilanya nak cukup soploh ribu tu?  Sempat ke menyimpan tu?,” Ma luahkan kebimbangan.  Aku tak tahu sama ada kebimbangan pada nilai duit tu atau kebimbangan akan kelewatan aku berkahwin.

“Orang usaha laaa,” jawab aku.

“Betul ke nak cukupkan soploh ribu?,” tanya Ma lagi..

“Tak adalah betul-betul.. tapi bajetnya macam tu la.. pelamin dah berapa, photographer lagi.. door gift.. hantaran..” aku jelaskan bajet aku pada Ma.  

Yelah, bila bab nikah kahwin ni, kena banyak-banyak bawa berbincang.  Kita kadang-kadang boleh stress sangat-sangat bila tak ada perbincangan dan perancangan. 

Aku nak nasihat la pada yang nak kahwin tu, sila buat senarai.  Progress planning korang… Alhamdulillah, aku ikut planning tu, tak adalah stress sangat.  Aku relax.. Ma aku yang kalut.  Huhu..

“Hurrmm.. ikutlah.  Kalau dah rasa boleh simpan duit banyak tu, teruskan..,” akhirnya Ma ‘redha’.. huhu…

Alhamdulillah, syukur Tuhan itu sangat-sangat Maha Penyayang.  DIA kurniakan taufiq dan hidayah sepanjang proses menuju ke arah alam pernikahan tu.  Kadang DIA tidak gerakkan hati aku untuk keluar shopping atau berlibur.  Itu sudah menjimatkan duit.  Kadang, DIA bagi aku kenyang walaupun sekadar makan sarapan nasi lemak je.. boleh bertahan sampai malam.  Jimat dah makan tengah hari.. sesungguhnya, taufiq dari Allah sangat bererti. 



* * * * * * * *

GADUH.

Bertelingkah masa alam pertunangan tu kata orang biasa.  Darah manis, banyak anasir luar yang menjolok.  Tapi, Alhamdulillah.. aku dengan Fitri tak ada semua tu.  Mungkin inilah hikmah merahsiakan pertunangan.  Allah dah bagi kita panduan yang begitu baik.

Sembunyikanlah pertunangan, sebarkanlah pernikahan.

Aku cukup percaya itu.  Tahun-tahun sekitar pertunangan aku, ramai juga yang melangsungkan majlis pertunangan dan disertai dengan majlis yang sangat meriah hingga menyerupai majlis perkahwinan.  Malah, ada yang pre-engagement..  itu semua pada aku mengundang perkara-perkara yang tidak baik.  Bukan semua orang suka dengan pertunangan kita.  Mungkin, ada yang menaruh hati pada tunangan kita dan waktu tu, syaitan sangatlah suka.  Apatah lagi bila seorang anak Adam makin mendekat dengan pernikahan, syaitan makin giat melakukan kerjanya… Jadi, bukan pujian manusia yang kita cari.. tapi redha Allah.  Pertunangan yang terlampau grand, kalau hingga ke alam rumahtangga, Alhamdulillah.. kalau tidak, bukankah sudah mendapat malu?...  Aturan Allah, sangat cantik.. sangat indah.. DIA menjaga maruah kita semua..

Genap tujuh bulan.. seperti yang kami rancang, pernikahan kami pun berlangsung.  Alhamdulillah.. cukup sempurna.  9 dulang hantaran berbalas 9, pelamin, jurukamera, doorgift untuk tetamu.. seperti yang aku kata, aku kotakan.  Alhamdulillah.. kita berniat betul, Allah permudahkan.  Nilai wang tu kadangkala macam mustahil juga aku fikir tapi kata orang, kita apa yang kita fikir.  Kita mampu..  Alhamdulillah.. Allah bagi aku pekerjaan dengan gaji yang selesa. Yes.. dah settle kisah pertunangan gue.. hihi!


Next : Kahwin, Kahwin, Kahwin.. Yahooo!!