Wednesday, April 30, 2014

Perjalanan Cinta 4 :: Teman Tapi Mesra

Assalamualaikum wbh..

Perjalanan hidup aku sepanjang bergelar pelajar siswazah selama empat tahun berjalan dengan biasa-biasa sahaja. Aku masih mengekalkan ciri-ciri dan gaya gadis ‘single’; tanpa perlu dating berdua, tanpa perlu mesej malam-malam dan sebagainya. Siang aku ke kelas, malam pula layan movie atau lepak dengan kawan-kawan (this is really rare sebab aku bukan jenis meleset bermesyuarat tingkap..).. but most of the time, aku dalam bilik kecil tu mengadap laptop.

Suatu hari, teman aku bertanya bagi menghuraikan persoalan yang aku rasa, macam dah lama betul dalam benaknya.

“Su, kau tak bosan ke duk dalam bilik je?,” sambil dahi nak berkerut-kerut, mengiyakan anggapan aku tadi.

“Tak,” jawabku ringkas.

 “Kau buat apa je dalam tu? Katil, meja, almari..,” cebiknya. Sengaja la tu sebut harta benda dalam bilik tu, tanda betapa kecilnya ‘duniaku’.

Aku sengih.

“Entahlah.. aku pun tak tahu gak. Tapi yang pasti, aku ngadap laptop la memanjang.”

Dia membuntangkan mata. “Kau buat apa je?! Eeee.. bosan giler life ko!,” tingkahnya.

Aku mengerutkan kening, tapi tak pasti ekspresi jiwa yang bagaimana.

“Entahlah.. tapi kalau ada laptop dan internet, aku rasa macam banyaknye benda aku bleh buat dengan laptop dan bilik kecik tu. Aku baca paper, aku godek itu ini, aku tulis blog!,” jawabku puas.

“Hishhh.. bleh mati kering aku kalau jadi kau!” tempelaknya.

 Laaa.. dah nak buat macam mana.. aku bukan suka pun duduk melepak bilik kengkawan, that’s why orang kata aku ni kera sumbang. Huhu.. aku tak reti nak sembang ala-ala gossip girls.. kalau aku lepak pun, topic aku topic berat-berat… depa kata citer orang tua-tua, citer dakwah dan motivasi. Huhu.. dah itu yang aku godek dalam internet, itulah yang aku reti sembang.

Walau bagaimanapun, aku ada kawan-kawan yang suka keluar makan-makan. Tapi, kawan lelaki la. Biasa makan dengan lelaki ni best. Bukan apa, makan ikut sedap. Katalah kau beli roti canai, kuah tu main campur itu ini sampai annei kedai pun geleng kepala. Itu namanya food porn. Try and error and puke.

Kalau makan ngan pompuan, asyik nak glamour sedangkan aku jenis dicatu perbelanjaan. Memang aku tak de pinjam PTPTN dan sebagainya tapi, kewangan aku sangatlah terhad. Lebih kurang dalam RM300 je sebulan. So, nak makan mewah memang tak la. Aku layan mamak je..

Dari awal masuk degree ni, aku selalu gak diusik-usik dengan gossip mengatakan aku dengan buddies aku ni bercinta dalam senyap. Mentang-mentanglah kami selalu berdua. Jadi, pada suatu hari, sedang kami sudah kebosanan menelaah pelajaran di perpustakaan (satu-satunya sebab aku suka study dengan dia, dia lelaki yang tahan duduk dalam library sedangkan yang lain cepat bosan), aku bukak topic ni…

“Ji, awak tahu tak orang duk kata kita ni kapel?.”

“Itulah.. pelik sungguh.. tak de angin tak de ribut,” jawab dia.

“Hehe.. salah ke pompuan kawan baik ngan lelaki? Mesti bercinta eh?,” tanya saya.

“Entah.. kita tak bercinta pun.. setahu saya, awak perempuan, saya lelaki,” jawab dia. “Normal pulak tu.” Hahaha… saya gelak…

“Typical thinking.” Jawab saya.

“Biarlah.. yang pasti saya dengan awak tahu status masing-masing,” jawab dia.

Yup! Simple je cakap ngan lelaki. Lama kami terdiam, masing-masing mengadap nota, dia kembali bertanya.
“Bila awak agak-agak nak kahwin, Su?,” usiknya. Aku sengih.

“Sekarang pun boleh.. masalahnya, jejaka idaman tak muncul lagi.”

“Dia akan muncul nanti, sabar je.” Dia pulak tersenyum penuh makna.

“Dah.. dah.. saya tak de masa nak pikir kapel-kapel ni… tunggu je. Sampai masa, orang masuk meminang, saya kawen arr..” jawab aku.

Dia tergelak. “Macam jantan.. sape nak!”

“Weii.. da lebih ni!” Kahkahkah… dia ketawa besar, tapi tutup mulut. Maklumlah, dalam perpustakaan. Nak kena warning?

 “Tak pe..tak pe.. comel je,” katanya sambil menghabiskan sisa usikan.

Well.. ada ramai kawan lelaki, tapi satu pun tak terpikat. Mungkin tak dipikat atau tak terpikat atau tak cuba memikat, aku tak dapat kesan mana satu yang pasti. Namun, zaman ijazah means zaman belajar. Bila diingat balik, weii.. bosannya.

Tapi, bila difikirkan hati dan cinta untuk sang suami, jadi terus semangat untuk simpan hati ni untuk yang halal. Biar nampak tak laku, dari diratah maruah satu persatu-satu, baik bertahan hingga sampai masanya, yang indah tetap indah, yang suci pasti dirahmati. InsyaAllah. Itu selalu jadi harapan dan doa dalam solatku. Aku terlalu ingin, cinta selepas nikah. Siapa dan bila? Hanya Allah sebaik-baik perancang.