Wednesday, April 30, 2014

Kahwin :: Genap Tiga Bulan

Assalamualaikum wbh..

Genap hujung bulan ni, dah tiga bulan kami berkahwin.  Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan baik walaupun pada awal bulan ni, baru aku tahu yang suami aku ni boleh tahan jugak cemburunya.  Hihi..

Tak sangka, aku kahwin ‘seawal’ ini.  Yelah, pada orang lain maybe tak adalah awal sangat pun, malah dah lewat da pun bila 26 tahun baru kahwin.  Tapi, pada aku yang macam banyak benda lagi tak sempurna ni rasa macam awal la.  Heee… plannya nak kahwin lepas Master sahajalah bila tak dapat kahwin di tahun akhir ijazah dulu.  Haha… alang-alang da terlepas biarlah settle down semua baru fikir balik.  Tapi perancangan Allah itu pasti ada hikmahnya… J

Bila dah kahwin ni, mula-mula rasa macam, “Eh, biasa je.. apa yang syoknya kahwin?..”  

Haha.. kalau nak kata kena masak lebih, aku dulu pun masak lebih jugak sebab duduk rumah sewa kan.. so, kalau makan tu mesti masak lebih untuk partner aku sekali.

Kalau nak kata tidur dah berteman, dulu masa belajar pun tidur berteman, masa kerja pun tidur berteman sebab kitorang sewa sama-sama… haha.. so, apa yang bezanya kahwin ni?..  lagipun, aku kerja masa awal-awal kahwin dulu.  Jadi, bangun pagi rutin aku sama je macam waktu bujang.  Memang bangun pagi, masak air.. buat sarapan.  Sebab aku kena makan.. al-maklumlah.. metabolism tinggi sangat.  Berani ler tak makan sarapan, kol 9 confirm lembik!

Pastu, balik keje memang akan masak pulak untuk makan malam pun.. heee… see, tak ada beza pun waktu kahwin ngan bujang! Alaaa… apa yang bestnya..apa yang bestnya??

Lepas tiga bulan kahwin ni, hurrmm… slow-slow aku dapat rasa aura sebuah pernikahan tu.  Mungkin dari segi aktiviti seharian dan lain-lain yang fizikal nampak sama, tapi dalaman tu lain.  Macam mana entah nak bagitahu…  tapi macam ni la, bila tiap pagi kau bangun tidur, kau nampak insan yang berjanji untuk menjaga kau di hadapan ibu ayah… yang berjanji untuk memikul tanggungjawab menjaga dunia akhirat kau dengan Tuhannya… seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kau demi melihat sebuah senyuman. 

Aku pun tak reti nak bagitahu macam mana…

Tapi, tiap kali si suami mahu pergi kerja, lain macam rasa bila tangan kita menyalami dia.  Aku biasa juga kucup dahi dan pipi ibu ayah tapi bila suami kucup dahi ni, rasa macam sejuk sampai ke hati.  Dia cium syok sangat kot.. hehe… 

Kami berdua jenis tak romantic mana pun.  Malah, bila orang kata, “Eleh, awal-awal kahwin memang macam tuuu…  lama-lama nanti tawarlah!”

Tapi bagi kami berdua, biarlah kami buat apa sahaja yang membahagiakan… at least buat masa sekarang.  Kita tak tahu masa depan macam mana, tapi kitalah yang membentuk masa depan.  Kalau awal-awal kahwin, di saat perasaan cinta membuak-buak kita dah sekat perbuatan macam tu sebab malu laa, sebab takut orang kata hangat-hangat tahi ayamlah…  rugi la..  kalau permulaan dah ‘tawar’.. agak-agak menjelang hari tua esok-esok kita boleh ke buat semua tu?... J  Masa muda dah rugi sebab malu, dah tua rugi sebab bahagia yang sepatutnya dinikmati lebih awal tu dah terlepas.  Pakar motivasi pun cakap, sentuhan mampu memberi aura positif yang sangat baik untuk hari-hari kita. 



Perkahwinan ni pada aku, bukanlah sesuatu yang boleh di’persoal’kan.  Ia antara nikmat rezeki yang Allah kurniakan.  Kita tak boleh nak tanya, “Kenapa jodoh kau lambat?”  Dulu, aku tak adalah kena tanya macam tu tapi kalau orang tanya bila nak kahwin tu, pada aku biasa sahaja.  Tak adalah sampai stress sangat pun.  Kita jawablah elok-elok.  Manusia ni, curiosity dia memang tinggi.  Hihi…  

Kalau kau ada matlamat dan tujuan hidup, tegaskan pada diorang kenapa kau tak mahu kahwin lagi sekarang dan bla-bla.  Bukan susah pun.  Kalau dikalangan muda-mudi sebaya, mungkin tak jadi hal sangat.  Tapi, makcik-makcik ni kepochi jugaklah nak tahu so, kau bagitahu la elok-elok. 

Aku dulu pun, ada gak orang duk tanya gitu.  Aku jawab saje..

“Saya ni nak kahwin duit sendiri makcik.. kalau boleh biarlah saya usaha dulu.  Makcik doakan la saya cepat-cepat kayo.. bleh saya kahwin awal..”

“Saya nak belajar lagi makcik… mungkin dua tahun lagi saya kahwin la..”

“Makcik ado anak hensem bergayo?  Meh la bagi saya..”


Haaa.. jawab je lah.  Layanzzz.. hoho… tapi don’t take it too serious je.  Apa-apa pun, kalau dah ada kekasih tu, aku nasihatkan kahwin je la.  Jangan kerana nak kejar majlis yang grand, benda yang sepatutnya dimuliakan kita tangguh-tangguhkan.  Tak elok tau…  nikmat perkahwinan tu, kalau kita nampak pahalanya dalam setiap tindakan kita dalam rumahtangga, masyaAllah.. hari ni jugak nak kahwin berbanding keluar dating.  Kahwinlah.  Pahalanya berganda.. Subhanallah!