Wednesday, December 25, 2013

Perjalanan Cinta 1 :: Lelaki Pelik Di SIC

Assalamualaikum wbh..

Lepas dapat result SPM, aku tak dapat terus panggilan U.  Rezeki belum ada.  So, nak tak nak, daripada duk melepak dekat rumah buat perabih boraih, aku sambung belajar ke tingkatan enam, aliran Sains.  Nak tak nak, terpaksalah masuk ke sekolah campur lelaki sebab sekolah aku dulu hanya ada aliran Sastera je untuk tingkatan enam..  Sekolah ni dulu masa zaman sekolah menengah, memang jadi musuh tradisi sekolah aku.  Orang kata, budak SIC dengan budak Zainab memang tak ngam.  Ecehh.. ye la sangat.  Dalam tak ngam, ada jugak kawan-kawan aku yang sakan bercinta dengan budak SIC.  Hehe…

So, dari Sekolah Elit Zainab (1), aku berpindah masuk aliran Sains di Maktab Sultan Ismail.  Mula-mula masuk sekolah tu, rasa mual tetiba.  Rasa lemas dengan kehadiran gender berlainan yang terlalu ramai!  Arrgghh… stress!  Rasa macam nak muntah bertahan satu hari di sekolah tu.  Maklumlah, 11 tahun aku sekolah perempuan sahaja dari darjah satu sampai tingkatan lima.  Kalau ada pun lelaki, cikgu-cikgu je.  Lagipun, pada aku… budak lelaki kat kelas ni macam pelik.  Macam tak pernah tengok perempuan.  Peramah nak mampus sampai aku rasa macam diorang ni tak pernah tengok perempuan ke sebelum ni sampai nak berborak, bergurau, membuli setiap masa?  Rimas… masa cikgu tak ada pun menyembang.. masa cikgu ada pun menggatal… Paling tak suka, banyak sangat jet-jet kertas landing kat meja…  Pendek kata, aku benci dengan keadaan SIC waktu tu.  Itulah.. sape suruh masuk kelas Fizik yang memang lelaki akan dominan?... Hehe.. aku tak suka biologi sebenarnya.  Fizik lagi best sebab dia kira logik... lagipun, aku nak jadi engineer.  Huhu... tapi cikgu kelas siap suh aku tukar kelas masuk Bio sebab katanya, perempuan biasa suka membaca.  Aku jawab," Owhh... itu perempuan biasa..  Saya luar biasa."  Hahaha...

Seminggu berlalu akhirnya barulah aku dapat menyesuaikan diri.  Aku dah dapat dua tiga orang kawan perempuan yang baik-baik.  Err… maksud aku, perempuan yang normal.  Tak jakun tengok lelaki.  Tak menggedik dan menggeletis.  Tak datang sekolah dengan mekap dan gincu.  Hahaha.. ni memang tak leh blah.. adoi, malu aku sebagai perempuan nak tengok… err… lelaki mungkin suka kot perempuan melawa cenggitu.

Ada sorang kawan baru ni.. aku tak ingat nama penuh dia ni tapi aku suka watak dia.  Dia ni ala-ala tomboy sket la… so, bila budak lelaki asyik duk mengacau aku… dia ni yang akan back up.  Aku panggil dia Ana.  Rindu nak jumpa Ana.  Kami terputus hubungan lepas aku keluar daripada sekolah tu dan dia pulak dah tukar nombor telefon.  Ana ni baik dan lucu.  Seorang lagi yang aku panggil kak Zatul.  Izatul namanya.  Dengan kak Zatul pulak, orang tak berani nak kacau aku pasal kak Zatul ni baik sangat.  Bila dia cakap sikit, orang mesti respek dan dengar.  Haha… so, aku selalu berada disisi kak Zatul sebab aku tak payah cakap banyak tiap kali ada yang mengacau sebab kak Zatul akan defend.  Heeeee…

Kak Zatul ni baik dengan seorang budak lelaki.  Budak ni selalu la datang borak-borak dengan kak Zatul.  Selain daripada tak suka dengan perangai budak lelaki, aku jugak pemalu bila berdepan dengan diorang.  Lalala… jadi, tiap kali budak tu datang kat meja aku dengan kak Zatul, aku akan berpura-pura baca buku la.. gi toilet la.  Malu la katakan….

Aku tak berminat dengan mana-mana budak lelaki pun dalam kelas tu.  Perasaan suka pada lelaki tak wujud lagi.  Mungkin, adrenalin tak berapa tinggi untuk jatuh cinta.  Tapi, budak lelaki yang rapat dengan kak Zatul ni jenis pemalu tapi, suka mencuri perhatian tapi aku hanya sedar kewujudan dia dalam kelas bila dia datang menyembang dengan kak Zatul je.  Oh, atau mungkin aku yang tak perasan di mana dia dalam kelas tu... Akhirnya, setelah tiga minggu aku di sekolah tu, aku dapat tawaran untuk sambung diploma di UPM Kampus Bintulu.  Yuhuuu.. jauh betul tapi inilah masa untuk aku mula meneroka alam kedewasaan.  So, tak jadi masalah tentang jarak tu.

Dan, aku tinggalkan SIC dengan seribu satu kenangan. 

………………………………………………….

Deraman yang suka tahan aku dipertengahan jalan waktu rehat.

Abdul Salam yang tak habis-habis mintak nombor telefon.  Last-last aku bagi nombor tepon Abah.

Amir Faisal yang malu-malu nak kawan tapi selalu ambil peluang nak menyembang.

Dan,

Ada la beberapa lagi yang aku tak dapat recall nama diorang tapi setiap pembulian diorang tu aku ingat.   Wuwuuu… permulaan yang pahit berdepan dengan spesis asing!

……………………………………………….

Oh ya… budak lelaki kawan kak Zatul tu…

Rambut dia terpacak, muka macam Cina.. mata kecik macam Korean.  Namanya Fitri.  Lain-lain, aku tak ingat.

Ah, yang penting aku tak suka SIC.  Lelakinya terlalu pelik.