Thursday, December 26, 2013

Perjalanan Cinta 2 :: Cubaan Bercinta

Assalamualaikum wbh..

Diploma.

Aku berada di Sarawak lebih kurang tiga tahun.  Masa di sini, barulah aku kenal erti perasaan.  Wakaka.. tak adalah.  Masa kat Sarawak, kawan-kawan SIC dulu ramai pulak yang contact aku.  Salah satu perkara yang aku ingat ialah, aku jadi pakar motivasi diorang.

Hampeh.

Kadang-kadang, cinta ni menyakitkan.  Menyakitkan buat sang pencinta dan juga menyakitkan telinga orang yang mendengar kisah air mata ni.  Waaaaa… aku tak kisah pun kalau diorang nak bercerita pasal kisah cinta monyet dan al kisah jatuhnya cinta dia dan dia dengan aku yang garang dan tak ada perasaan ni.. tapi soalnya, kenapa waktu usia macam ni?... Eee.. rimas.  Dan cerita-cerita mereka ni buat aku makin tak faham dengan perangai lelaki.

Pada aku, bukan ke waktu umur belasan dan awal 20-an ni kita belajar dan belajar mengenal dunia dulu sebelum kenal cinta?...  Alahai, kesian.  Silap timing dan silap orang nak mengetest power.  Satu sikap aku, bila tak suka.. aku direct cakap.  Pada aku, jangan buang masa nak melayan benda-benda mengarut ni semua.  Muda lagi.  Muda lagi.  Kesian.  Jauh-jauh dari Medan, Indonesia buat panggilan… tapi aku tak jatuh hati pun dengan keluhuran dan ketulusan itu. 

Waktu ni, aku masih berhubung dengan kak Zatul lagi tapi sudah jarang-jarang.  Kak Zatul pun sudah sambung belajar di Politeknik rasanya kalau tak salah.  Argghh.. long term memory lost!  Oh ya.. ada seorang budak kelas Biologi dari SIC yang sama-sama masuk ke UPM jugak tapi berlainan kos.  Haha.. macam poyo tapi well.. budak ni cuba nak berkawan.  Okeylah.. aku bagi peluang.  Sebab apa…

Sebabnya.. nama dia tu, aku pernah berangan nak ada insan yang nama macam tu.  Katalah.. aku pernah berangan..

“Hurmm… nama Aaron Aziz ni macam cantik je… “


Tup-tup, Allah bagi la aku kenal orang nama Aaron Aziz ni.  So, begitulah juga dengan si dia.  Aku tak pernah kenal dan tak pernah dengar pun nama dia… tapi terlintas nak ada someone with that name.  Allah dah hantar.. apa salahnya aku terima dengan lapang dada.. huhu…

Tapi, kejap saje kawan dengan dia sebab ketara sangat sikap menggoda dia.  Aku naik rimas.  Tapi, tak leh blah pasal surrender cepat sangat.  Aku ni jenis suka mengetest.  Kata orang, “prepare for the worse”.  So, bila dia dah tak mampu bertahan… I guess this guy is not for me.  Not for a special nor a friend.  I need an honest friend.

So, waktu ni.. kawan kak Zatul yang nama Fitri tu dah hilang dalam kamus hidup aku.  Tak tahulah ke mana dia menghilang.  Aku tak mencari dan dia pun langsung tak hubungi aku.  Eh, bercakap pun tak masa sekolah.. tetiba nak contact-contact pulak.  Huhu…  jadi, diploma aku penuh dengan senarai nama sahabat-sahabat yang baru.  Slowly, budak-budak nakal SIC pun flew away… disappeared time by time…

RAYA 200?

Aku tak ingat raya tahun bila… suddenly, Fitri muncul kat rumah aku dengan kawan baik dia, Hakimi.  Seriously, aku tak ingat macam mana dia boleh tetiba datang rumah.  Oh, maybe aku yang jemput dia datang.  But, through what?... aku lupa actually macam mana boleh terambil nombor telefon dia.  Atau, mungkin nombor dia memang dah disetting dalam phone book kot..  aku tak ingat semua tu.  Mungkin jugak Friendster.  Haha.. so classic!

So, dia datang rumah aku kejap je.  Lucu pun ada.

Tak makan, sempat minum je sebab kitorang asyik menyembang sampai aku pun lupa nak pelawa dia makan.  Oh, rasanya mungkin waktu tu dia dah mengomel lapar tapi tak dijamu-jamu.  Bhahaha… eh, jap!  Bukan salah aku jugak.. aku pelawa dia time tu tapi mungkin dia malu kot.. so, ayatnya..

“Tak apala..kejap lagi.”

Waktu tu pulak, Hakimi bergegas nak balik ke KL; bas pukul 3 petang rasanya kalau tak salah hari tu.  So, situ sahajalah pertemuan dan perbualan kami.  Lepas itu, aku langsung tak menelefon atau SMS or whatsoever dengan Fitri.

Tapi, melalui Friendster sempat la jugak aku godek profile dia jenguk-jenguk aktiviti dia di POLISAS tu.  Okey.  Tak mahu tulis lagi sebab memori dengan dia memang tak ada sangat since dia bukan dalam senarai perhatian aku pun.  Waaahahaa.. aku tak mahu mereka cerita semata-mata nak baca di hari tua.  Perlu jujur dalam penulisan; hatta penulisan peribadi sekalipun. 

Iya, serious ni… memori dengan Fitri… memang tak ada.  Aku dan dia, bukan setakat berjarak kilometer.. malah hati dan jiwa juga.  Maklumlah… usia masih mentah.  Yang difikirkan cuma belajar, belajar dan belajar.  Lagipun waktu diploma, aku aktif dengan dunia silat.  Boleh dikatakan aku fond in love dengan silat dan inilah kali pertama aku belajar ilmu mempertahankan diri sampai habis gred.  Dulu belajar Taekwando sampai tali pinggang kuning dua je.. 


Ni masa program malam kesenian yang mana aku jadi pengarah program...

Ni masa latihan sebelum pertandingan dan rakaman...

Kemudian, belajar judo tak habis gak pasal berat badan makin berkurangan.  Sir Judo tak mau kasi masuk kelas lagi dah.  Belajar boxing, tangan terkehel.  Lama jugak sakitnya.  Eh, tipu je.  Mana ada main judo pakai spender tu... beria je baca.  Hehe...  Actually aku teringin nak belajar capoeira.  Lincah je.. boleh terbang-terbang.  Dulu nak amek tapi kelas jauh pulak.. Hurrm...

Apa-apa pun, masa diploma memang tak de contact dengan Fitri.  Aku dengan dunia aku, dia dengan dunia dia.  Tapi, ada cerita sedih pasal dia... tapi, tak tahulah betul ke tidak.  Waktu tu memang terkejut dan....... sedih la sikit.  Huhu...  betul ke dia dah berpunya?