Sunday, August 4, 2013

D.I.Y :: Hiasan Doorgift Dan Hadiah

Assalamualaikum wbh...

Aku suka benda-benda yang comel dan cute!  Rasanya boleh buat satu Label baru dalam blog ni... pasal mende-mende DIY.  Untuk permulaan, aku nak share buat bunga hiasan.  Benda-benda kecik, kaler-kaler pastel tu buat aku rasa tenang dan damai saje.  Tahun ni, undangan perkahwinan yang aku terima tak segalak tahun lepas.  Mungkin sebab dah pakat kahwin tahun lepas, tahun ni tinggal saki baki je.  an, aku mungkin dalam golongan saki baki tu... sobssss!! 

Ni ada aku nak share something yang agaknya boleh di guna pakai untuk dekorasi majlis perkahwinan.  Mungkin, waktu aku kahwin nanti pun aku nak buat macam ni la kot.  Huhu... jimat sket kalau buat sendiri.  Feel dia pun lain.  Hik3...  Aku simpan kat blog je la.  Nanti senang aku nak rujuk and sambil-sambil tu, boleh jugak kongsi pengetahuan ngan korang semua, kan?...

Bunga kecik-kecik macam daisy tu memang kesukaan aku la.  Ni antara contoh cara kita nak buat riben.  Kalau nak lekat sebagai hiasan kat doorgift tu cantik jugakkan?.. simple is nicer. 



Yang ni aku pernah cuba buat guna kain felt.  Yang ni dia guna kertas.  Senang je nak buat ni.. and memang sangat seronok cuma kena sabar sket la tambah-tambah part nak pusing-pusing tu.. huhu...



Yang ni pulak aku baru nak cuba buat.  Nanti nak gi cari kertas Fairy tu... kertas tisu pun boleh...


Atau boleh klik SINI untuk lihat yang lain..


Yang atas ni pun konsep dia sama je cuma yang ni dipotong muncung lebih sikit...  Kalau yang kat bawah ni, jenuh jugak aku study cara nak buat dia... nampak macm memeningkan tapi insyaAllah boleh buat.  Cantik jugakkan dapat bunga yang bulat-bulat cenggini.


 Yang bawah ni simple the dimple... hehe.. eh?


 Waaahh!  Semua cantiklah... rasanya hujung minggu aku kali ni lebih terisi la.  Tak adalah aku nak keluar melepak perabeh duit je nanti.  Hehe... ada hobi baru!

So, dude...  let's try to make it!

1 comment:

Angah said...

kreatif nye...sangat berseni lah