Saturday, June 22, 2013

Lelaki (Part 3)

Assalamualaikum…

Sudah dua entri bertajuk sama.  LELAKI & LELAKI (PART 2)Ni sequel yang terakhir.  Hehe.. harap tetap meneruskan pembacaan. 

Baiklah.  Eh, Su... ko jangan buang masa boleh tak?  Dah la update blog jarang-jarang.  Huhuhu… iyelah..iyelah!

Previous entry kita cerita pasal berdoa di Jabal Rahmah tu kan?  Yup, memang aku ada panjatkan doa khas untuk seseorang yang aku harap sangat dapat menjadi teman hidup aku, dunia dan akhirat.  Kata orang, sebut je nama si polan, insyaAllah dia tu lah yang akan jadi jodoh kita.

Tapi soal jodoh ni, bukan perkara main-main.  Salah pilih, naya.  Lagipun, kalau boleh biarlah kita berkahwin dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat dengan orang yang sama di hari akad pertama kita kan?..  tak mahulah kahwin dua tiga kali ni.  Sebolehnya.  Tapi kalau jalan jodoh pendek, nak buat macam mana.  Mesti ada hikmahnya juga.

Jadi, dengan penuh pengharapan… aku panjatkan doa sambil menutup mata.  Feeling betul waktu tu.  Rasa macam nak menangis.  Penuh pengharapan.  Mintak-mintak Allah betul-betul temukan aku dengan insan tersebut.

“Ya Allah, Tuhan Rabbul Izzati…  aku manusia yang selalu khilaf dalam berdoa.  Aku memohon segala kekurangan dalam doaku kali ini, ENGKAU percukupkan, perindahkan dengan jalan takdirMU.  Di Tanah SuciMU ini, di tapak bertemunya cinta kasih Adam dan Hawa, aku memohon agar ENGKAU kurniakanlah aku pasangan yang beriman kepadaMU, yang dapat membimbing aku ke jalan agamaMU, kurniakan aku pasangan yang penyayang, kurniakan aku pasangan yang sekufu denganku… agar pertemuan itu menjadi pertemuan terindah dan penuh barakah hingga ke akhir nafasku di dunia ini.  Bantu aku bertemu dengan pasangan yang baik, agar agamaMU terus terpelihara.  Amiinnn.”

Aku tak berani nak bukak mata.  Pengaruh cerita kuat sangat masa tu.  Tambah-tambah cerita My Girl yang masa Gong Chan pejam mata kat funfair tu pastu bila dia celik dia nampak Yoo Rin.  Aaa…aaa…aaa… aku tak bersedia nak jatuh cinta waktu tu.  Hehehe…

Pas berdoa tu, perasaan aku lega sesangat.  Memang rasa Allah akan atur segalanya indah nanti.


Balik ke Malaysia, aku teruskan hidup macam biasa.  Hehe… tapi yang peliknya, aku tak pernah nak jatuh cinta dengan mana-mana budak kat UPM tu.  Susah bebenor.  Classmates?  Hahahahahaha… aku lebih kenal diorang.  Kut ada pun yang rapat, hati ni tak pernah dup dap dup dap.  Biasaaaa je?

Dan aku pun tidaklah beriya mencari cinta.  Tapi, aku tetap tak putus berdoa pada Allah untuk kurniakan aku seorang lelaki yang bergelar suami.  Yang pasti, aku tetap berangan dalam kepala nak lelaki yang kulit cerah, sederhana tinggi, belajar bidang yang tak sama dengan aku; maksudnya tak naklah pengkhususan pertanian jugak.  Biar bidang lain, supaya aku boleh tambah ilmu cabang lain gak.

Tapi, makin lama berangan, makin spesifik pulak doa a.k.a harapan aku.  Aku tak nak lelaki yang merokok, nak yang boleh memasak, nak yang suka kucing, nak yang pandai berenang supaya aku boleh belajar berenang ngan dia.  Since berkuda dan memanah dah belajar, tunggu main pedang dengan berenang je la tak tahu lagi.  Dan satu lagi, yang suka cari ilmu.  Maksudnya, dia cintakan ilmu.  Sebab aku nak sambung belajar kan… dan kalau boleh nak sama-sama ngan husband.  Hehe.. tak pun, dia ikut aku sambung ke luar negara tu.  Ececece… tak ke berangan sangat namanya tu??

Maka, macam biasa… Allah itu Maha Mendengar doa hambaNYA.  DIA pertemukan aku dengan seseorang yang hensem, funny, bekerjaya, berkulit melepak, keluarga baik-baik, boleh memasak.  Okey, itu dah buat aku berbunga-bunga dah.  Rasa macam bersedia giler nak jatuh cinta.  Hahaha…

Tapi, sudah nasib badan…  wakakaka… dia tiga pupu aku kot!  Hahaha… tak pepasal aku kena bahan ngan keluarga aku.  Cam haram!  Itulah, sape suh ko tak berkenalan dengan saudara mara?... memang haruuuu… hehe.  Tapi dia tetap nak ada hubungan dengan aku walaupun tahu kami ni ada ikatan kekeluargaan.  Tapi, aku sebaliknya.  Aku tak suka.  Pada aku, sepupu walaupun jauh-jauh… tetap ahli keluarga.  Aku tak nak.  Dan yang lebih membuatkan aku tolak dia… sebab dia tak bagi aku sambung belajar.  Sobsss… mana boleh… aku sangat-sangat nak sambung Masters tu.. cita-cita besar tuuuu… huhu.. so, aku perlahan-lahan rasa dia bukanlah jodoh aku.  Maybe…some other day…

Kemudian, lama aku menyepikan hati dari cinta-cintun.  Eh, malas pulak kita nak fikir.  Tapi, Allah nak uji jugak.  Datang pulak kawan lama aku ni..  kitorang kenal masa form four tapi tak berapa rapat.  Kitorang waktu tu memang ‘feeling-feeling’ jugaklah.  Dan aku rasa macam aku suka dia.  Dalam ramai-ramai calon yang pernah datang, dia ni bukan dalam kategori warna kulit yang aku inginkan.  Hahaha… gelap sket.  Tapi, dia sweet.  Baik, pandai but a bit serious. 

Kadang-kadang aku wat lawak, dia anggap serius.  Adeehh…  tapi dia pandai ambil hati la.  Tapi dengan dia.. aku tak tahu kenapa, aku tak yakin untuk hidup bersama meskipun rasa sayang tu ada.  Entahlah.  Rasa macam kalau aku kahwin dengan dia pun, aku nak buat tambahan taklik banyak-banyak.  Huhu…
Tapi, mungkin itu petanda jugak kot.  Hubungan kitorang walaupun rapat dalam lima bulan, tapi mak aiiiiiii…. Gaduh selalu sangat!  Salah faham… merajuk tak payah cakap.  Isskk… hubungan macam ni ke aku nak bawak sampai ke akhir hayat?  Sampai bila aku nak pujuk diri sendiri kan?...  aku tak bebas. 

Back to the first one… yup!  Dia ada ciri-ciri baik, serious (tapi sangat serius), caring, support penuh bab aku nak sambung belajar dan bidang study lain, arkitek.  Tapi aku tak suka ex makwe dia.  Kerek kot!  Dah putus pun nak ganggu hubungan orang.  Tapi itu asbab je la kot untuk kitorang slow down jugak.  Aku ambik keputusan untuk stop dengan dia.  Aku tak suka hubungan yang tak tahu penghujung.  Seriously, aku dah mula fikir masa depan.  Pada aku, hubungan kali ni harus matang dan serius, tak de cinta try-try.  Nak, masuk meminang…  tak nak, babai.  Huhu…

Dan, rupanya aku sangat tenang.  Tak tahu kenapa… dalam hati aku, rasa macam akan ada seseorang yang betul-betul memenuhi ciri-ciri idaman aku akan datang.  Dia dekat, tapi tak tahu siapa.  Hati aku selalu tenang bila fikir ‘si dia’ tu walaupun aku tak tahu siapa.  Pelikkan?...



Rasa macam cinta yang datan kali ni, cinta yang tulus dan ikhlas.  Cinta yang tak perlu aku ragu.  Pelik… memang pelik.  Siapa ni?... aku selalu bertanya.  Dan walau pun hidup dalam tanda tanya, aku okey saje.  Aku teruskan hidup aku macam biasa…  tak fikir pun pasal si arkitek tu.  Memang dah tutup buku.  Yup, dia memang orang pertama yang aku sayang tapi, first love tu tak jadi hal besar pun dalam hidup aku.  Aku tak de igauan apa-apa.  Orang kata first love ni susah nak lupakan?.. ehh.. rupanya tak semua orang sama.  Huhu…Sebab ketenangan hati dan harapan pada si dia yang akan datang ni la…  hairan, kenapa perasaan ni sangat mendamaikan??...

Dan, doa aku pada Illahi makin hari makin hangat dan penuh pengharapan.  Moga DIA temukan aku dengan suami terbaik.  Bukan lagi sekadar pencinta biasa.  Aku tak mahu lagi bercinta.  Cinta tidak halal itu, buat aku rasa ternoda.  Aku berdoa, ALLAH hadirkan dalam hidup aku lelaki yang matang, serius dalam membina baitul muslim dan yang paling penting, menyayangi aku kerana keimanannya pada Illahi.  Memang nampak macam tak realistic je… tapi setiap doa kita sebenarnya… realistic dan mungkin terjadi disisi ALLAH.  DIA kan Maha Berkuasa.  Maha Besar.  Segala yang ada di alam ini milik Allah swt semata-mata.

Kita manusia ada silap dalam hidup..  tapi itu bukan bermakna kita tidak boleh mencari jalan kebaikan dan memperbaiki kesilapan, kan?..  aku nak jauhkan diri dari mencintai yang tak pasti.  Allah sebenarnya sayangkan aku bila DIA putuskan hubungan aku dengan si arkitek tu.  Sebab, DIA nak jauhkan aku dari perkara yang sia-sia.  Bukankah cinta tanpa halal itu dosa?.. lalu, bila DIA dah jauhkan, kenapa aku kena terima orang lain dengan alasan mencari pengganti… aku rasa kalau macam tu, ibarat berterusan buat diri bergelumang dalam dosa sedangkan ALLAH pernah sekali menjauhkan aku dari semua itu.  Takut nanti, bila hidayah yang datang dibiarkan tanpa penghargaan, ia tidak akan datang lagi…  takutnya hidup tanpa hidayah Illahi.

InsyaAllah.. aku rasa ketenangan ini bakal memberikan bahagia yang sebenar.  Tunggu je… insyaAllah… sekian catatan tentang LELAKI. Buat korang semua, jangan la duk doa yang bukan-bukan… atau pun terlintas perkara yang lagha.  Semua tu doa; cepat atau lambat je DIA akan makbulkan.  Berhati-hati jugak dengan pengaruh cerita…  huhu… tak semua cerita itu beri kita impian yang baik.

Macam ada satu kes dulu… pengaruh cerita Setia Hujung Nyawa.  Sampai ada budak perempuan ni impikan lelaki macam hero tu.. 

nasib baik CikMun ada simpan... aku tempek seketul gak kat sini.
Astaghfirullah hal azim!  Kalau adik aku, dah lama aku lempang laju-laju.

Berhati-hatilah.  Sesuatu yang mulia dan suci tidak akan bermula dengan hina dan nista.  Sesungguhnya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.  Begitu juga lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.

TQ sudi baca! ^,^