Saturday, June 22, 2013

Lelaki (Part 3)

Assalamualaikum…

Sudah dua entri bertajuk sama.  LELAKI & LELAKI (PART 2)Ni sequel yang terakhir.  Hehe.. harap tetap meneruskan pembacaan. 

Baiklah.  Eh, Su... ko jangan buang masa boleh tak?  Dah la update blog jarang-jarang.  Huhuhu… iyelah..iyelah!

Previous entry kita cerita pasal berdoa di Jabal Rahmah tu kan?  Yup, memang aku ada panjatkan doa khas untuk seseorang yang aku harap sangat dapat menjadi teman hidup aku, dunia dan akhirat.  Kata orang, sebut je nama si polan, insyaAllah dia tu lah yang akan jadi jodoh kita.

Tapi soal jodoh ni, bukan perkara main-main.  Salah pilih, naya.  Lagipun, kalau boleh biarlah kita berkahwin dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat dengan orang yang sama di hari akad pertama kita kan?..  tak mahulah kahwin dua tiga kali ni.  Sebolehnya.  Tapi kalau jalan jodoh pendek, nak buat macam mana.  Mesti ada hikmahnya juga.

Jadi, dengan penuh pengharapan… aku panjatkan doa sambil menutup mata.  Feeling betul waktu tu.  Rasa macam nak menangis.  Penuh pengharapan.  Mintak-mintak Allah betul-betul temukan aku dengan insan tersebut.

“Ya Allah, Tuhan Rabbul Izzati…  aku manusia yang selalu khilaf dalam berdoa.  Aku memohon segala kekurangan dalam doaku kali ini, ENGKAU percukupkan, perindahkan dengan jalan takdirMU.  Di Tanah SuciMU ini, di tapak bertemunya cinta kasih Adam dan Hawa, aku memohon agar ENGKAU kurniakanlah aku pasangan yang beriman kepadaMU, yang dapat membimbing aku ke jalan agamaMU, kurniakan aku pasangan yang penyayang, kurniakan aku pasangan yang sekufu denganku… agar pertemuan itu menjadi pertemuan terindah dan penuh barakah hingga ke akhir nafasku di dunia ini.  Bantu aku bertemu dengan pasangan yang baik, agar agamaMU terus terpelihara.  Amiinnn.”

Aku tak berani nak bukak mata.  Pengaruh cerita kuat sangat masa tu.  Tambah-tambah cerita My Girl yang masa Gong Chan pejam mata kat funfair tu pastu bila dia celik dia nampak Yoo Rin.  Aaa…aaa…aaa… aku tak bersedia nak jatuh cinta waktu tu.  Hehehe…

Pas berdoa tu, perasaan aku lega sesangat.  Memang rasa Allah akan atur segalanya indah nanti.


Balik ke Malaysia, aku teruskan hidup macam biasa.  Hehe… tapi yang peliknya, aku tak pernah nak jatuh cinta dengan mana-mana budak kat UPM tu.  Susah bebenor.  Classmates?  Hahahahahaha… aku lebih kenal diorang.  Kut ada pun yang rapat, hati ni tak pernah dup dap dup dap.  Biasaaaa je?

Dan aku pun tidaklah beriya mencari cinta.  Tapi, aku tetap tak putus berdoa pada Allah untuk kurniakan aku seorang lelaki yang bergelar suami.  Yang pasti, aku tetap berangan dalam kepala nak lelaki yang kulit cerah, sederhana tinggi, belajar bidang yang tak sama dengan aku; maksudnya tak naklah pengkhususan pertanian jugak.  Biar bidang lain, supaya aku boleh tambah ilmu cabang lain gak.

Tapi, makin lama berangan, makin spesifik pulak doa a.k.a harapan aku.  Aku tak nak lelaki yang merokok, nak yang boleh memasak, nak yang suka kucing, nak yang pandai berenang supaya aku boleh belajar berenang ngan dia.  Since berkuda dan memanah dah belajar, tunggu main pedang dengan berenang je la tak tahu lagi.  Dan satu lagi, yang suka cari ilmu.  Maksudnya, dia cintakan ilmu.  Sebab aku nak sambung belajar kan… dan kalau boleh nak sama-sama ngan husband.  Hehe.. tak pun, dia ikut aku sambung ke luar negara tu.  Ececece… tak ke berangan sangat namanya tu??

Maka, macam biasa… Allah itu Maha Mendengar doa hambaNYA.  DIA pertemukan aku dengan seseorang yang hensem, funny, bekerjaya, berkulit melepak, keluarga baik-baik, boleh memasak.  Okey, itu dah buat aku berbunga-bunga dah.  Rasa macam bersedia giler nak jatuh cinta.  Hahaha…

Tapi, sudah nasib badan…  wakakaka… dia tiga pupu aku kot!  Hahaha… tak pepasal aku kena bahan ngan keluarga aku.  Cam haram!  Itulah, sape suh ko tak berkenalan dengan saudara mara?... memang haruuuu… hehe.  Tapi dia tetap nak ada hubungan dengan aku walaupun tahu kami ni ada ikatan kekeluargaan.  Tapi, aku sebaliknya.  Aku tak suka.  Pada aku, sepupu walaupun jauh-jauh… tetap ahli keluarga.  Aku tak nak.  Dan yang lebih membuatkan aku tolak dia… sebab dia tak bagi aku sambung belajar.  Sobsss… mana boleh… aku sangat-sangat nak sambung Masters tu.. cita-cita besar tuuuu… huhu.. so, aku perlahan-lahan rasa dia bukanlah jodoh aku.  Maybe…some other day…

Kemudian, lama aku menyepikan hati dari cinta-cintun.  Eh, malas pulak kita nak fikir.  Tapi, Allah nak uji jugak.  Datang pulak kawan lama aku ni..  kitorang kenal masa form four tapi tak berapa rapat.  Kitorang waktu tu memang ‘feeling-feeling’ jugaklah.  Dan aku rasa macam aku suka dia.  Dalam ramai-ramai calon yang pernah datang, dia ni bukan dalam kategori warna kulit yang aku inginkan.  Hahaha… gelap sket.  Tapi, dia sweet.  Baik, pandai but a bit serious. 

Kadang-kadang aku wat lawak, dia anggap serius.  Adeehh…  tapi dia pandai ambil hati la.  Tapi dengan dia.. aku tak tahu kenapa, aku tak yakin untuk hidup bersama meskipun rasa sayang tu ada.  Entahlah.  Rasa macam kalau aku kahwin dengan dia pun, aku nak buat tambahan taklik banyak-banyak.  Huhu…
Tapi, mungkin itu petanda jugak kot.  Hubungan kitorang walaupun rapat dalam lima bulan, tapi mak aiiiiiii…. Gaduh selalu sangat!  Salah faham… merajuk tak payah cakap.  Isskk… hubungan macam ni ke aku nak bawak sampai ke akhir hayat?  Sampai bila aku nak pujuk diri sendiri kan?...  aku tak bebas. 

Back to the first one… yup!  Dia ada ciri-ciri baik, serious (tapi sangat serius), caring, support penuh bab aku nak sambung belajar dan bidang study lain, arkitek.  Tapi aku tak suka ex makwe dia.  Kerek kot!  Dah putus pun nak ganggu hubungan orang.  Tapi itu asbab je la kot untuk kitorang slow down jugak.  Aku ambik keputusan untuk stop dengan dia.  Aku tak suka hubungan yang tak tahu penghujung.  Seriously, aku dah mula fikir masa depan.  Pada aku, hubungan kali ni harus matang dan serius, tak de cinta try-try.  Nak, masuk meminang…  tak nak, babai.  Huhu…

Dan, rupanya aku sangat tenang.  Tak tahu kenapa… dalam hati aku, rasa macam akan ada seseorang yang betul-betul memenuhi ciri-ciri idaman aku akan datang.  Dia dekat, tapi tak tahu siapa.  Hati aku selalu tenang bila fikir ‘si dia’ tu walaupun aku tak tahu siapa.  Pelikkan?...



Rasa macam cinta yang datan kali ni, cinta yang tulus dan ikhlas.  Cinta yang tak perlu aku ragu.  Pelik… memang pelik.  Siapa ni?... aku selalu bertanya.  Dan walau pun hidup dalam tanda tanya, aku okey saje.  Aku teruskan hidup aku macam biasa…  tak fikir pun pasal si arkitek tu.  Memang dah tutup buku.  Yup, dia memang orang pertama yang aku sayang tapi, first love tu tak jadi hal besar pun dalam hidup aku.  Aku tak de igauan apa-apa.  Orang kata first love ni susah nak lupakan?.. ehh.. rupanya tak semua orang sama.  Huhu…Sebab ketenangan hati dan harapan pada si dia yang akan datang ni la…  hairan, kenapa perasaan ni sangat mendamaikan??...

Dan, doa aku pada Illahi makin hari makin hangat dan penuh pengharapan.  Moga DIA temukan aku dengan suami terbaik.  Bukan lagi sekadar pencinta biasa.  Aku tak mahu lagi bercinta.  Cinta tidak halal itu, buat aku rasa ternoda.  Aku berdoa, ALLAH hadirkan dalam hidup aku lelaki yang matang, serius dalam membina baitul muslim dan yang paling penting, menyayangi aku kerana keimanannya pada Illahi.  Memang nampak macam tak realistic je… tapi setiap doa kita sebenarnya… realistic dan mungkin terjadi disisi ALLAH.  DIA kan Maha Berkuasa.  Maha Besar.  Segala yang ada di alam ini milik Allah swt semata-mata.

Kita manusia ada silap dalam hidup..  tapi itu bukan bermakna kita tidak boleh mencari jalan kebaikan dan memperbaiki kesilapan, kan?..  aku nak jauhkan diri dari mencintai yang tak pasti.  Allah sebenarnya sayangkan aku bila DIA putuskan hubungan aku dengan si arkitek tu.  Sebab, DIA nak jauhkan aku dari perkara yang sia-sia.  Bukankah cinta tanpa halal itu dosa?.. lalu, bila DIA dah jauhkan, kenapa aku kena terima orang lain dengan alasan mencari pengganti… aku rasa kalau macam tu, ibarat berterusan buat diri bergelumang dalam dosa sedangkan ALLAH pernah sekali menjauhkan aku dari semua itu.  Takut nanti, bila hidayah yang datang dibiarkan tanpa penghargaan, ia tidak akan datang lagi…  takutnya hidup tanpa hidayah Illahi.

InsyaAllah.. aku rasa ketenangan ini bakal memberikan bahagia yang sebenar.  Tunggu je… insyaAllah… sekian catatan tentang LELAKI. Buat korang semua, jangan la duk doa yang bukan-bukan… atau pun terlintas perkara yang lagha.  Semua tu doa; cepat atau lambat je DIA akan makbulkan.  Berhati-hati jugak dengan pengaruh cerita…  huhu… tak semua cerita itu beri kita impian yang baik.

Macam ada satu kes dulu… pengaruh cerita Setia Hujung Nyawa.  Sampai ada budak perempuan ni impikan lelaki macam hero tu.. 

nasib baik CikMun ada simpan... aku tempek seketul gak kat sini.
Astaghfirullah hal azim!  Kalau adik aku, dah lama aku lempang laju-laju.

Berhati-hatilah.  Sesuatu yang mulia dan suci tidak akan bermula dengan hina dan nista.  Sesungguhnya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.  Begitu juga lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.

TQ sudi baca! ^,^

Wednesday, June 19, 2013

Lelaki (Part 2)

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hari ni kita sambung cerita yang tak habis tu.  LELAKI PART 2.  Sape nak baca yang part one punya, leh baca sini, LELAKI.

Baiklah.  

Lepas aku jumpa lelaki yang hensem dan kelakar tu, aku tetap rasa macam ada satu kekosongan.  Aku rasa macam benda-benda tu semua tak berapa membahagiakan aku pun.  Yelah, hensem tapi kalau asyik duk merajuk dan manja semacam mana boleh tahan.  Sepatutnya aku yang lebih kuat merajuk pasal aku perempuan.  Hehe.. lelaki kena pujuk perempuan lebih sket la...  walaupun lelaki tu.. aku tak nafi ada hak untuk rajuk merajuk.

Dapat yang kelakar pun susah jugak sebab segala benda tak serius.  Huhu... lagipun, aku ni jenis serius gak walaupun ada time-time kelakar.  Tapi most of the time, serius. =_='  jadi aku rasa bengkek je bila aku cerita bab serius dia boleh anggap benda tu,"Alaahh.. biasa la tu"... "Macam tu pun nak kisah."  Arrgghh... macam tak paham hati perempuan pun ada.  Yelah, perempuan ni kadang-kadang bab kecik-kecik pun nak cerita.  Itu biasalah.  Sebab tu kadang-kadang kalau contohnya berat badan naik sikit ke, mulalah nak citer 'keresahan' hati tu...  kalau lelaki senang, dah gemuk, kuruskan.  Habis cerita. 

Then, aku kawan ngan semua orang tanpa rasa nak 'berdoa' untuk apa-apa pun.  Tapi, manusia kan.. ada nafsu dan kemahuan.  Bila lama-lama, aku start balik versi berangan dan doa. Doa tu tak adalah direct cuma lintasan hati je lah.  Aku suka betul dengan lelaki yang berkulit cerah.  Macam kena je semua pakaian ngan diorang dan aku suka lelaki yang wangi.

Tapi, itu aku tak jumpa pun sampailah aku habis diploma.  Semua kawan lelaki aku biasa-biasa je masa diploma.  Tak ada yang menarik hati.  Semua perangai kebudak-budakan sedangkan aku suka orang yang jenis matang dan nampak dewasa.  Bagus jugak, sebab tak adalah aku ni gatal nak bercinta.  Lagipun, kan tadi dah cakap aku ni serius orangnya, jadi mana ada masa nak bercinta?  Sebab bercinta masa 'kedana' ni bukan serius pun... orang kata cinta monyet.  Nak kawen tak dek duit.  Nak buat itu ini, duit pun PTPTN.  Tak ada maknanya nak huha-huha ngan duit pinjam ni.  Haha... aku bermaruah.  duit pinjam wat cara pinjam.  Guna yang sepatutnya sahaja.  Lagipun, eeee... gua tau la gua minat ngan haiwan, tapi kalau nak bercinta monyet, gua tak mau.  Hati ni untuk seorang yang bernama suami jek.

Masa nak masuk degree, aku berkesempatan mengerjakan umrah.  Alhamdulillah...  syukur sangat kerana diberikan peluang tu.

Pengalaman di Mekah dan Madinah adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan.  Rasa macam tak nak balik lagi ke Malaysia.  Ketenangan dan kedamaian kota Mekah tu, walaupun dengan habuk dan udara keringnya tetap menambat hati aku.  Betullah kata orang, sekali jejakkan kaki ke Mekah, mati di sana pun tak apa.

Di Mekah, dalam memenuhkan agenda umrah, aku dan keluarga berkesempatan naik ke Jabbal Rahmah.  Jabbal Rahmah ini ialah lokasi pertemuan Adam dan Hawa yang telah terpisah sebaik sahaja diturunkan ke Bumi oleh Allah swt kerana kesalahan memakan buah haram di dalam syurga.  Katanya, jika berdoa di Bukit Kasih Sayang ni dengan menyebut nama si polan, kita pasti akan berjodoh dengan si dia.

Apsal ramai laki time ni?  Nak mintak kuota ke?  Ngeh3...

 Waktu naik ke bukit itu, aku terbayangkan satu nama.  Nama yang telah lama aku sematkan dalam dada.  Lelaki itu pada aku cukup sempurna biarpun ada cacat celanya juga tapi, segalanya itu aku mampu tutup sebelah mata.  Masa di bukit itu, ada seorang dua lelaki Arab yang akan menghulurkan marker untuk kita catat nama si polan di batu penanda dengan 'keajaiban'nya, kita akan berjodoh dengan dia.  Aku menolak untuk berbuat demikian.  Bukan apa, aku rasa macam khurafat jek.  Aku tak tahulah betul ke tak tapi pada aku, di mana-mana Bumi Allah apatah lagi di kota Mekah, kota para Nabi ini, berdoalah sahaja.  Pasti akan dikabulkan.  Apatah lagi di Bukit Kasih Sayang ini.  Lagipun, Allah itu sentiasa dekat dengan hamba-hambaNYA.

Aku tengok Abah, Ma dan adik-adik aku dah tadah tangan dah berdoa untuk kebaikan dan kebahagiaan jodoh masing-masing.  Aku pun cepat-cepat tadah tangan juga sebab masa berada di atas bukit ni sangatlah terhad.  Ramai lagi nak naik.

Aku sedut nafas dalam-dalam.  Kosongkan hati dan fokus hanya pada satu.  Seseorang yang sangat aku dambakan.  Aku serahkan segalanya pada Allah.  Moga DIA kurniakan seorang lelaki yang aku dambakan itu.

Lalu, perlahan-lahan aku lafazkan doa itu sambil menyebut nama si dia.

Siapa dia?...


....TO BE CONTINUED