Saturday, October 20, 2012

Hipp..Hipp... Horeay!

Assalamualaikum wbh... 

Apa khabar semua? Aiseyman... aku demam arr... tak best! 

Tapi abaikan soal yang tak best tu, meh kita citer pasal benda yang best-best sket. Hehehe... demam, ko jangan harap nak masuk dalam entri nih. LOL. 

Minggu lepas aku sibuk ngan majlis konvokesyen UPM yang ke-36. Eh, konvo kedua aku tuh! Hehe.. konvo yang pertama ialah konvokesyen UPM yang ke-32.. after four years, here i am, again in that ceremony. 

Konvo adalah saat yang paling best la orang kata... ibarat majlis kahwin. Semua orang expressedkan riak gembira. Semua orang pakai cantik-cantik and kebanyakannya dapat hadiah! Weeee... best kan? Tiada titisan air mata kesedihan lagi hari itu melainkan titisan kesyukuran dan kegembiraan. 

Namun pada pengertian aku, konvokesyen adalah satu medan yang menunjukkan bahawa, all your efforts paid! Majlis konvokesyen membuktikan bahawa, janji Allah itu benar. Setiap yang berusaha dan berdoa pasti akan beroleh kejayaan. Bukan semua yang bergraduat hari itu habis tepat dalam jangka masa tempoh pengajian yang sebenar. Ada yang sampai 5, 6 tahun untuk habiskan ijazah. Tapi, kerana mereka orang yang percaya pada Tuhannya, mereka orang yang gigih mendaki kejayaan, mereka orang yang tidak kenal erti putus asa, mereka orang yang membina menara cita-cita... maka, merekalah orang yang memiliki segala impian itu pada hari itu.


Aku jarangkan tepek muka aku kat blog? Bukan apa... ish, segan la.. tapi sebab aku nak bagi semangat sket pada yang sedang mendaki tangga-tangga kejayaan tu, nah ameklah! Hehehe.. 

Nasihatku... jangan mudah putus asa. Tiada perkara yang mudah dalam dunia ini apatah lagi bila kita mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Banyak halangan dan dugaan yang mendatang. Banyak juga kata-kata yang menjatuhkan dari kata-kata yang membina. But don't blame them.. Be tough and teruskan usaha. 

Carilah seseorang yang boleh mendorong kita. Dunia ini kan hidupnya berpasangan... kalau termasuk dalam golongan orang yang suka menjatuhkan, keluar dari sana dan teruskan langkahan mendekat pada mereka yang suka membina. Jangan bimbang, mereka pasti ada. Memang hidup ini susah... tapi ia bukan sesuatu yang harus disusahkan... Semoga kalian semua terus maju jaya dan mencapai apa yang korang impikan. Don't afraid to make a dream! Gambatte!!






::sorry... mukus keluar neih..tak best nak menaip lama-lama... choww!::