Thursday, October 11, 2012

Belajar Sampai Ke Negeri China

Assalamualaikum wbh...

Sejak dua tiga malam yang lepas, hati ni ibarat ada kupu-kupu.  Eh, terjahanamkan pepatah omputih plak.  Berdebar-debar dan rasa macam excited giler.  Apa kebenda ntah nak excited sangat.  Padahal baru dapat permission je pun.  Hahaha... mesti korang heran jugak kan?  Well...  sebelum aku direct to the point, aku nak pusing-pusing dulu cerita kenapa aku riangria sangat.

Dulu, masa sekolah aku sangatlah tidak suka ke sekolah a.k.a sekolah rendah.  Dan aku memang bukan antara student yang baik dan cemerlang pun.  Selalunya, aku rasa nasib yang menyebelahi je bila ujian atau peperiksaan.  Isk3..  Terima kasih Tuhan kerana menyayangi.  Sampaikan dalam buku laporan kemajuan aku, cikgu tulis "Seorang pelajar yang selalu tidak hadir ke sekolah."  Whoaaaa... hahaha...  terasa dihargai pulak bila ketiadaanku disedari.  Hakhakhak...

Entahlah, cikgu masa zaman sekolah rendah aku rasa macam komander Jepun.  Pantang salah sikit mesti kena punyalah.  Yang paling aku tak suka denda kena cubit perut.  Adehh.. sakit cam nak tercirit.  Nasib la sekolah perempuan semua, so kalau nak jatuh setitis dua air mata tu kira acilah...  Yang paling aku suka masa sekolah rendah ialah Matematik dengan Muzik jek.. haha... sebab masa tu aku rasa bleh jadik diri sendiri.  Suka ati aku nak ketuk drum bunyi hape pun...  and masa zaman aku tu, ada satu pertandingan pancaragam yang dipanggil Genderang.  Aku terpilih tau... main drum.  Heh, drummer siot...  tapi sebab masa tu nilai RM100 untuk sehelai gaun putih (yang sangat aku idamkan) yang jadi uniform tu tak mampu dibayar oleh ma abah aku, so, impian nak jadi drummer cam Jimmy Sullivan tu tak kesampaian..hikhikik.. tapi aku tak nak mati muda cam dia..

Sebab keputusan UPSR aku okey, so dapatlah teruskan pengajian ke sekolah menengah tu...  bolehlah, nak hidup orang kata.  Hoho... masa sekolah menengah aku jadik rajin sikit.  Sampai pagi-pagi kalau nak ke sekolah mesti berperang sakan ngan adik-adik aku pasal aku tak sabar nak sampai awal ke sekolah.  Tapi biasanya memang lewat punyalah pasal mesti adaaaa je hal yang tersangkut pagi-pagi.  Masa sekolah menengah, aku dah macam orang keje opis.  Pegi pagi balik petang.  Fuiihh.. ni semua gara-gara tanggungjawab!  Beb, jadi pengawas ni bukan best pun... penat nak kejar masa...orang nampak kita asyik memonteng je padahal kita punyalah nak cover balik masa yang terponteng tu...  Time tu jugaklah banyak giler kena makan supplement sebab nak maintain kesihatan.  Masa PMR okey lagi bleh catch up study.. masuk menengah atas, mak aiii...  banyak pulak aktiviti nak kena join dan attend.  Kalau tak ikut, memang tak boleh pasal dah namanya wakil sekolah.  Tapi tak apa.. semua tu pengalaman.  Masa tu la aku rasa macam baik aku sekolah kat tempat tuisyen jek..  Huhu..dan subjek yang paling aku suka time tu ialah AddMath, Matematik Moden ngan Fizik jek...  haha..  sejarah alhamdulillah, boleh aje.. tak minat tapi itu yang selalu dapat excellent.  Tapi sadis giler ngan AddMath.. ujian aku tak pernah lulus kot.. haha... tapi aku gigih gak blaja pasal suka.  Dan benarlah janji Allah, siapa yang berusaha pasti ada ganjarannya...  AddMath time SPM cun!  Hehehe... cikgu pun tak percaya.  Miracle can happened for those who believes!

Sekarang ni, aku dah pun habis ijazah dalam bidang yang aku suka iaitu Sains Haiwan.  Dulu aku kecewa pasal tak dapat nak achieve impian nak jadi lawyer... padahal semua yang UPU tu aku isi law kot.  Haha.. tapi ada hikmahlah semua-semua tu.. i have no worries.  Sekarang rasa menarik dan sayang je kat bidang ni pasal tak ramai yang exposed pasal bidang ni..so aku rasa macam bertanggungjawab nak kembangkan pengetahuan semua biar orang tau, selain doktor haiwan, there is researchers about animals too... and, its more interesting. :))

Boleh blaja pasal kambing...

Bleh blaja pasal arnab...


Bleh rawat ayam...

Bleh kawan-kawan ngan kuda... :)

Itulah..kalau dulu aku beralasan seribu sebab tak suka gi sekolah tapi sekarang ni aku rasa syukur sangat-sangat pasal Allah masih kurniakan perasaan dan keinginan yang tinggi untuk aku teruskan pengajian.  Dan sekarang ni gedik-gedik nak sambung belajar lagi dan lagi...  Malah kalau boleh, aku nak jadi seorang yang berpangkat Dr atau Profesor dalam bidang ni.. bukan sebab nak nampak pandai, tapi dengan adanya mandat, kita akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan sentiasa nak memajukan diri... sebab ada yang akan ikut kita..  Macam aku, aku terpengaruh dengan semangat pensyarah-pensyarah aku la ni pasal tu nak sambung belajar lagi...

Tapi, Profesor tu even aku rasa macam jauh jeee... tapi aku tak maulah kata tak boleh.  Mana tahu kan, kalau aku ni panjang umur, umur 50 ke, 60 ke.. aku bleh jadik Profesor?  Haaa.. ingat-ingat, miracles can happened for those who believes (bold lagi bagi korang ingat) okey...  tanpa keberanian, mimpi tidak akan jadi kenyataan!


Okey..dah nak sampai penghujung ni..meh aku reveal the things yang buat aku excited bagai tu.  Well..my dad setuju nak support my study on postgraduate!  Tak sabar rasanya nak jadi pelajar master..  aku tahu dugaan dan ujian bakal mendatang tapi itiqamahkan hatiku, teguhkan semangatku dan yang penting, tabahkan diri menghadapi semua tu.  Demi mencari ilmu Allah, aku akan berusaha.  Mohon doa korang untuk doakan aku berjaya..  aku pun doakan korang juga..  dun worry... :)

Ya Allah, kabulkanlah impian dan harapan setiap mereka yang mendoakanku agar kebahagiaan dan kesenangan menjadi milik mereka jua.  Amiinn...