Tuesday, September 25, 2012

Buat Sang Pemberi Ilmu


Assalamualaikum wbh…

Baru-baru ini beberapa orang rakan saya yang berstatus GURU share beberapa laman blog yang ditulis oleh mereka yang pernah dan sedang bergelar pelajar.  Semua bagai mempertikaikan tugas dan tanggungjawab seorang guru. 

Saya masih ingat dulu… Saya juga bukanlah seorang yang suka sangat dengan seorang cikgu.  Bagi saya, cikgu saya suka marah.  Huhu… tak siap keje sekolah mesti kena cubit perut ataupun denda berdiri luar kelas…  Tapi itu zaman sekolah rendah la.  Masuk alam menengah, sedaya upaya cuba siapkan keje sekolah…mungkin sebab waktu tu bergelar pengawas kot.  Tapi, ada orang kata… jadi pengawas tu bukan sebab dia pandai atau pun budak baik… tapi sebab dia budak paling nakal…  nak disiplinkan dia jer…  err…  (=_=’)

Tapi se’tidak’suka saya pada insan yang bergelar guru pun, saya tak suka nak umpat pada seorang cikgu.  Pernah dulu, waktu saya berselisih dengan seorang pelajar yang dipanggil ke bilik disiplin, dia tiba-tiba cakap, “B**i punya cikgu…”.  Gullpp!  Waktu tu otak masih suci… rasa perkataan b*b* tu macam jelek benar…lagikan pula saya sekolah perempuan.  Entahlah…  susah juga sekolah anak-anak bangsawan ni..  silap-silap hari bulan, cikgu kena saman!  Huhu…  tapi, saya bukan bangsawan pun… bangsawan picisan!  Sebab masih berbangsa… hehe….

Pada saya, biar apa pun jawatan dan sandaran kerja seseorang itu, dia tetap memberi makna dalam hidup kita.  Setiap orang ada peranan masing-masing di atas dunia ini.  Ada yang baik, memberi inspirasi pada yang kurang baik untuk berubah.  Ada yang kurang baik, jadi pencetus kepada sang baik untuk menyampaikan makruf…  Dulu waktu malas-malas nak belajar, mak akan cakap,

”Kalau malas-malas, kena ‘rajin’ jadi kuli orang…” 

Tapi itu bukan bermaksud menghina.. tapi sebagai pembakar semangat sebab bila saya cakap “orang tu jadi kuli mesti sebab dia malas dulu..”  Mak akan cakap,

“Kalau tak ada sang kuli, tiada orang yang akan jadi bos.”

So maknanya, setiap dari kita ada rangkaian dan ikatan sesama kita semua…

Saya suka dengan kisah ilmu dari Imam Syafie..  sangat kagum dengan beliau dan mana yang mampu, saya amalkan apa yang beliau lakukan.

Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran.  Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...  Satu lagi keistimewaan Imam Shafie ialah dari segi menghormati guru.  Pernah diriwayatkan tentang perihal menghormati guru ini.  

Pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.  Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat.  Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie yang sedemikian.  Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut.  Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie, "Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu.” 

Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.  Imam Shafie juga amat menghormati Imam Malik (pengasas Mazhab Maliki) walaupun Imam malik sudah meninggal dunia.  Sebab itulah bila dia menziarahi makam Imam Malik dia tidak berqunut semasa bersembahyang subuh ditepi makam Imam Malik.  Ini kerana dalam Mazhab Maliki tiada qunut waktu subuh walaupun dalam Mazhab Shafie ada qunut sewaktu sembahyang Subuh.  Imam Shafie juga memastikan dia tidak tidur dengan kakinya menghala kerumah Imam Malik sebagai menghormati gurunya itu..

Jadi, siapalah kita untuk berkira cikgu tu kerja berapa lama ke… cuti banyak mana ke…  Siapa kita hari ini, juga datang dari ilmu seorang guru.  Cikgu cuma menunjuk arah, bukan menentukan arah.  Hakikatnya, jika anda seorang jurutera ke… doktor ke.. peguam ke…  veterinar ke… sub-veterinar ke.. (ehem-ehem), anda ada saham anda sendiri di dunia ini untuk di’perdagang’kan di akhirat kelak…  yang penting, ikhlaslah dalam menunaikan tanggungjawab, walau dimana anda berada dan apa jua kedudukan anda…  Terima kasih sebab sudi baca!
 
::saya dah nak konvo..yeayy!::

::sumber kisah Imam Syafie :nizran.multiply.com