Monday, June 18, 2012

Ucapan Terakhir Sebagai Undergraduate

Assalamualaikum!

Alhamdulillah...akhirnya selesai sudah tangungjawab aku sebagai pelajar Animal Science untuk 4 tahun.  Rasa perasaan yang agak lega bila aku tak rasa gementar sangat nak membentangkan laporan latihan industri di atas pentas dewan fakulti yang besar dan baru tu... dan syukur juga sebab soalan-soalan yang ditanya dapat dijawab dengan baik... Hehehe...

Tinggal sekarang ni nak siapkan laporan bertulis dan hantar lagi 3 hari...  lepas tu aku dah boleh mula fikir sama ada nak kerja atau nak menganggur.. hahaha...  Sekali fikir macam tak de mood lagi nak kerja.  Nak sambung terus, duit plak tak de lagi.  Since dari diploma then sambung ijazah terus..habis la jugak duit simpananku.  Lagipun, dua-dua keadaan tu memerlukan duit yang banyak.  

Waktu diploma, banyak guna duit untuk tiket flight.  Tapi untung juga sebab aku jenis tak suka nak balik rumah.  So, dalam setahun just 4 kali je naik flight...  Masa bukak sem, masa habis sem.  Ingatkan bila amek ijazah, duk semenanjung dapat jimat kos.  Pun tak jugak.. kos ijazah tinggi gak tiap-tiap sem.  Tak cecah RM1K tak sah...  lagi pula, hidup kat bandar besar cam Selangor ni....hummpph!  Tak dek 20 sen memang kena pakai pampers arr... Semua nak kena bayar...  standard!

Apa-apa pun, aku dah ada planningnya cuma tak pasti sama ada jadi ataupun tak.  Everything dari aku dah settle cuma tunggu pihak sana je nak approve ke tak.  Harap-harap diterima... Heeee...  Okeylah, sampai sini dulu.  babai!