Sunday, May 27, 2012

Sang Kecil Yang Mengajarku


Seorang anak kecil, menangis teresak-esak ...
aku tertanya sendiri,
kenapa wahai sang kecil?

Bonda kulihat memujuk tidak henti,
"Adik kecil lagi..tak apa.."
"Tak nakkkk...adik takut!"

Hentikanlah ketakutannya itu
wahai sang ibu!
Aku merayu sendiri...

"Ibu..ajarlah adik solat. Adik takut neraka Allah.."

MasyaAllah...

Ya Tuhan, kini ketakutanku
mungkin lebih dari sang kecil itu
yang masih menghijau dari dosa padaMU ...

Thursday, May 24, 2012

Penetasan dan Pemilihan Kualiti Ayam (Hatchery)


Assalamualaikum wbh..

Seperti yang saya dah janji beberapa minggu lepas, kali ni kita akan cerita tentang proses dari sebijik telur bertukar menjadi seekor anak ayam yang comel. Hehehe…. Baiklah. Untuk permulaan, biarlah saya bagitau..semua proses ni berlaku di hatchery, iaitu tempat penetasan. Di Malaysia ini tidak banyak hatchery yang ada, tapi tidaklah terlalu sedikit. Cuma ia tidak terlalu bercambah. Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi, akan bertambah kot. Lagipun,mengikut statistik, permintaan ayam sentiasa tinggi dan mengikut bancian pada tahun 2010, Malaysia mengeluarkan ayam sebanyak 225juta ekor dan lebih kurang, seorang daripada rakyat Malaysia makan sebanyak 30 ekor ayam setahun. Iye..seorang rakyat Malaysia. Macam mana statistic ini begitu tinggi? Berterima kasih kepada restoran makanan segera dan pasar-pasar malam yang Berjaya menarik korang membeli ayam Dinosour (ayam rangka), tongkeng ayam, kaki ayam, kepak ayam dan segala jenis makanan berasaskan ayam tu. Tengok, sedar tak sedar seorang kita sahaja dah makan banyak tu kan?

Baiklah… kat hatchery ni, mula-mula telur akan sampai dari ladang dan akan diperiksa di bahagian penerimaan telur. Kat situ, kita akan check sama ada telur itu berkualiti ataupun tak. Ini termasuklah sama ada telur itu terlalu besar, terlalu kecil, pecah, retak atau pun terlalu kotor. Ini penting tau sebab nak elakkan kecacatan atau pun mengurangkan kadar telur yang tidak menetas terlalu tinggi.

Contoh telur yang tak normal...

Kemudian, telur-telur tu akan dibawa ke tempat fumigasi untuk disembur potassium permanganate dan formalin. Proses ni bagi mengurangkan jangkitan bacteria dan kuman pada telur. Biasanya, ubat tu akan habis dalam masa setengah jam gitu, then telur akan dibiarkan sahaja dalam bilik tu selama sejam untuk hilangkan kesan ubat tu. Sebab ubat tu sangat memedihkan mata. So, tiap kali kitorang letak ubat tu, cepat-cepat akan lari dan tutup pintu. Gas pemedih mata agaknya dari sumber ni jugak ke eak? Huhuhu..entah, tak pernah kena.

Then, after sejam gitu… telur akan dimasukkan ke dalam bilik sejuk. Woooo..suhu dalam ni tak adalah rendah mana tapi kalau dok dua tiga jam dalam tu, bleh la rasa cam mat saleh celup. Suhu dalam ni adalah sekitar 18-19 C. Tujuan kita masukkan telur dalam cool room ni untuk merencatkan sekejap pembesaran embrio ayam. Sekurang-kurangnya, kita letak sehari je la. Tapi paling lama boleh letak pun dalam seminggu. Lepas seminggu, telur tu akan jadi tak subur dan biasanya kita akan reject terus.

Lepas dua hingga tiga hari, kita akan ambil telur tu dan masukkan ke peringkat pre-warming. Pre-warming ni penting sebab berlaku perubahan suhu dari 18-19 celcius itu kepada 24 celcius pula. Jadi, untuk elakkan telur stress dan embrio mati, suhu akan dinaikkan perlahan-lahan. Proses ni dalam lebih kurang 7 jam. Bila selesai, telur akan dimasukkan ke dalam Setter (Incubation). Suhu di dalam Setter akan dimulakan dengan 100.4 Farenheit sebelum diturunkan perlahan-lahan hingga 97.5 Farenheit dan ditetapkan sehinggalah mencapai hari ke 19. Waktu incubation ini, telur akan dipusing sebanyak 45 darjah, kiri dan kanan setiap sejam. Ini adalah sebagai ganti proses ibu ayam mengeram la. Kalau secara natural, ibu ayam akan golek-golek bawah perut dia je. Tapi disebabkan teknologi, so, mesin akan jadik mak angkat dia. Hik3..

Pada hari ke 19, telur akan dikeluarkan dan diperiksa lagi untuk mencari telur yang tidak subur. Proses itu dikenali sebagai candling dimana telur akan disuluh dengan lampu bagi mencari telur kosong.


terdapat anak ayam dalam nie....
 
Telur yang tidak ‘menjadi’ ini akan diasingkan dan direkod sebagai telur tidak subur. Kemudian, telur yang sudah selesai itu akan dimasukkan pula ke dalam hatcher selama tiga hari maksima untuk proses penetasan. Kat sini sangatlah best bila kita bukak pada hari ketika tu sebab kita akan dengar bunyi anak-anak ayam berciap-ciap. Dan bila bukak je pintu hatcher, akan nampak semua kuning-kuning… Heeeee…. Semacam bukak pintu bilik pembedahan nak dapat baby sulung. Hahahaha… Bila dah menetas tu, kita akan keluarkan mereka untuk proses Pulling.

Pulling ni ialah proses untuk kita pilih anak-anak ayam yang bagus-bagus sahaja untuk dihantar ke ladang-ladang untuk dibiak-besarkan untuk dijual kepada pengguna… So, berakhirlah al-kisah bagaimana saya menjaga ayam selama ini. Semoga sedikit pengetahuan ini dapat memberi gambaran kepada korang yang tak terlibat dalam bidang ini tahu bagaimana hakikat tugas menjaga ayam untuk sampai ke tangan pengguna.


tengah check kualiti anak ayam


Walau bagaimana pun, nasihat saya kalau nak beli telur..eloklah kita beli telur yang bergred. Maksudnya, yang bercop kat telur dia tu sebab… ada sesetengah pihak yang tidak peka dengan kesihatan pengguna dan menjual telur reject yang mengalami proses semburan ubat, terus kepada pengguna. Hal ini sangat membahayakan kesihatan sebab kesan ubat itu boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan. So, biarlah mahal sedikit asalkan kita dapat menjaga kesiahatan kita semua. Orite..sampai sini jek. nanti kita updates yang lain pulak okey?!