Sunday, August 7, 2011

Roh Turun Melawat Di Bulan Ramadhan

Entri ni saya petik dari Notes seseorang di Facebook je... huhu... apa-apa pun, yang penting ialah pengisiannya yang sangatlah bersesuaian dengan bulan Ramadhan ini...

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.



Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



::mula rindu dengan arwah adik, Suhaili Sakini dan arwah nenek, Siti Esah... Al-Fatihah buat mereka berdua...

8 comments:

Amy Syaquena said...

Salam kenal,

selamat berpuasa, amy singgah sini dan follow , jemput ke belog amy ye...

happy blogging.

SarahSuhaimi said...

nice post.. (^_^)

MaSLiNa said...

Thanks for sharing this. Patut la saya terasa arwah ayah mcm berada dekat je di bulan Ramadhan ni.. Al-Fatihah utk semua keluarga yang telah pergi meninggalkan kita..

zamie a.k.a az said...

Ilmu lagi...
Ada baca sepintas lalu kat fb..
Tapi dah tak jumpa cari bila ada member tanya..
Minta izin nak share...
TQ..

DariMataHati said...

::Amy Syaquena::
salam kenal kembali... thanks follow ^^

DariMataHati said...

::Sarah Suhaimi::
(^_^)v

DariMataHati said...

::MasLiNa::
iye ke? sedekahkan al fatihah buat arwah ye... mmg pun, arwah nenek saya dulu selalu berpesan suh doakan org2 yg dah meninggal tiap kali pas solat... ^_^

DariMataHati said...

::zamie a.k.a az::
silakan.. tekan je share button tu... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...