Thursday, November 25, 2010

Jangan Berhenti Mencintaiku



Hari kian bergulir
Semakin dekat dirimu di hatiku
Meskipun tak terucapkan
Ku merasakan dalamnya cintamu

Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikit pun
Di dalam cintamu ku temukan bahagia

Jalan mungkin berliku
Tak kan lelah bila di sampingmu
Semakin ku mengenalmu
Jelas terlihat pintu masa depan

Semoga tiada berhenti
Bersemi selamanya...

Terkedu~

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Masih lagi dengan isu tudung... tengah-tengah saya suka-suka belek Google, terpandang satu artikel ni. Gullp.. tertelan air liur saya jap. Dah lerr tekak tengah sakit skang...telan air liur secara drastik ni, makin wat tekak saya jadi makin sakit... saya malas la nak komen lebih-lebih sebab saya pun tak adalah pandai sangat pun dalam bidang agama ni. Apa yang saya share dalam ni pun, apa yang saya baca dan pelajari je...



... sewaktu sekolah dulu... ada tanya Ustaz,

"Ustaz, kalau dia tu rambut panjang macam mana? Kalau ikat, mesti nampak tinggi jugak?"

Jawab Ustaz, "Ikat, tapi turunkan rambut ke bawah. Biar ia selari (jatuh melurut) dengan leher. Dengan cara itu, tidak akan nampak tinggi."

Tapi, saya masih tak puas hati.

"Tapi Ustaz, kalau saya lurut ke bawah pun, kalau masih nampak?"

"Jangan keterlaluan." Ringkas je Ustaz jawab...

Tapi, masih tak puas hati... ahahaha...

"Tapi Ustaz, kadang-kadang ada anak tudung yang dia ada 'sejemput' kat tengah-tengah (macam kopiah yang ada rambu kat tengah-tengah tu), kalau pakai yang tu, nampak cam tinggi jugak Ustaz, tapi kita bukan niat pun..."

"Bukan sejenis tu je ada kat kedai. Seboleh-bolehnya, cari yang paling baik (menurut syara')."

Okee...dah puas hati... =P

Wednesday, November 24, 2010

Bukan Sekadar Duit...

Lepas saya habeskan stok beberapa minggu sebelum raya puasa aritu, sehingga hari ini saya masih lagi tidak buat sebarang pre-order biarpun ada bekalan dari pengeluar dan permintaan dari pelanggan. Fikir banyak kali jugak.. kalau ikutkan 'masyuk', memang rasa nak amek stok baru. Tapi... uh...

Bisnes bukan sekadar wang ringgit pada saya. Memang la..semua yang berniaga sebab nak untung. Mana ada orang berniaga tak nak untung. Itu sedekah namanya...kuikui... eh, tapi untung jugak.. akhirat. =)

Bisnes pada saya, mengambil kira kepuasan kita 'berkongsi'. Mungkin sudah ramai yang terlibat dalam bisnes tudung ini.. Tapi tak apalah, rezeki masing-masing kan... memang la best kalau kita seorang yang conquer bisnes tu tapi, bisnes bukan mudah. Kalau tak sabar dan tak 'cekap' pusing pasaran, senang citer tak pandai nak intai peluang dan berani menerjah, susah juga nak berbisnes ni...

Kami dulu pernah ada bisnes kedai roti tapi kekangan masa dan kekurangan tenaga kerja membuatkan kami terpaksa redha bila perniagaan itu terpaksa ditutup meskipun sudah melabur banyak jugak.. kalau nak beli kereta sebijik tu, insyaAllah boleh... huhu...

Apa-apa pun, saya stop kejap bisnes tudung ni sehinggalah saya menemui pengeluar lain yang lebih menghargai kecantikan dan aurat seorang muslimah... Saya tak sanggup la nak jual tudung yang menampakkan aurat seorang wanita itu. Sakit mata memandang... sakit hati memendam!


Lagikan pula, macam mana saya nak promote tudung itu terbaik kalau saya yang jadi 'pendedah' aurat mereka?

Sabda Nabi Saw : "Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”. –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



kehkeh...


Tapi, alang-alang saya dah stop kejap bisnes tudung tu, saya ada wat bisnes lain. Heee..sape-sape yang ase nak tempah cupcakes untuk apa-apa event, leh tempah..keh2.. tapi masa saya cuti sem je la.. and only area KB sahaja... huhu... nak tengok contoh, lihat kat bawah okee~ heee...


ni contoh tempahan masa majlis kahwin masa raya puasa aritu... ekek!

Monday, November 22, 2010

Kedudukan Orang Yang Tak Solat

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.



Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati-hati apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

tetiba teringat kisah pada Jumaat itu, lebih kurang jam 12 tgah hari...

saya : aku tgk brother-brother ni cam xdek break je lunch hour...(maksud saya waktu Jumaat)

kawan : a'ah...

saya : kita investigate nak?

kawan : haha..ko nak siasat apa?

saya : haha..xde apa. Just nak pastikan diorang ni break ke tak..

kawan : ishh... mestilah... takkanlah kot..

saya : iya..husnulzhan... tapi, aku tak pasti. Sebab tiap-tiap minggu aku tengok
diorang still niaga je... waktu maghrib pun aku tengok xde stop... maghrib kan kejap je..tunggu order pun dah dekat sejam.. tapi tak sure okey...

kawan : nak siasat mcm mana?

saya : senang je... kita duk je makan kat sini... lagipun, kita bukan wajib solat Jumaat pun...

kawan : hahaha... jomlah!

melewati jam 1.45...

kawan : kau nak tunggu sini lagi ke?

saya : haha... xpelah, jom naik... kang kita lak terlepas Zohor.

kawan : amacam? dah ada hasil siasatan?

saya : bolehlah... tapi berat hati nak masuk rekod...

kawan : kenapa?

saya : negatif...

kawan : kenapa? Kau rasa diorang tak solat?

saya : entahlah...susah juga nak cakap. Tapi rasanya pasni aku tak beli lagi kot kat situ...

kawan : eh, takkan sampai ke tahap macam tu? Tak baik la kau...

saya : biarlah... baik ke tak.. tapi aku tak suka nak pergi gerai orang Melayu,
Islam...tapi tak solat...

kawan : alah! Takkan sampai macam tu...

saya : pada aku sampai macam tu... huhu... bukanlah rigid sangat... tapi aku rasa macam tak selesa... air tangan dia tu, jadik darah daging kita...

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .


kawan : tapi kau tak pastikan... lagipun, ah...

saya : tak apalah...aku bukan nak halang semua orang pun..cukuplah aku...dan kau, kalau nak ikut... hahaha...

kawan : kau dah halang rezeki dia tu..tak baik la!

saya : anggap sahaja rezeki dia bukan dari aku...(maksud disini, Allah sampaikan rezekiNYA melalui saya)...

kawan : kau ni macam-macamlah!

saya : hehehe...xpe, kau still boleh beli kat situ...

kawan : ah, ko... minum je kottt...

saya : still jadi darah daging..

kawan : yelah..yelah...


Saturday, November 20, 2010

Senyum Terindahmu...

Weeeee.... terasa bahagia! Ehem..kenapa ya? Berakhirnya final exam untuk semester ini. Terasa bahagia juga sebab sem depan, insyaALLAH dah leh wat final year project. Tapi papepun, bergantung pada keputusan semester ni. Kalau ada sangkut satu subjek, alamatnya kena extend 1 semester! Ah, pendek kata satu tahun la untuk konvokesyen. Huhu...ngeri..ngeri... tak mahu! Saya dah cuba sehabis daya untuk semester ini. ALhamdulillah, sebab tak ada buat treatment cuti hari tu, saya tak adalah ngilu sangat nak buat kerja... maksud saya nak ke kelas semua tu la...

Tapi, cuti semester ini mama suh saya teruskan ngan treatment. Adus, macam berat ati je. Kalau tak ikut kang, hurrmm... susah untuk masa depan saya dan untuk parents jugak. Tapi, saya sebenarnya tak berapa nak peduli tentang masa depan tu. Sebab, saya cuma fikir nak habiskan belajar secepat yang boleh. Saya tak mahu extend year... saya nak grad 2012! InsyaAllah... tapi kalau Allah dah alihkan impian saya pada satu jalan yang hanya DIA yang Maha Tahu asbabnya, saya tak leh nak kata apa lagilah..

Tapi buat masa sekarang ni, saya harap saya tak perlu buat treatment tu... satu, sebab ia menyakitkan. Dua, saya dah dapat bayangkan sakitnya akan berterusan sampai sem depan (macam sem lepas dan saya tak mahu terus amek painkiller) dan ia akan sedikit menyusahkan saya dan teman-teman saya yang baik hati yang selalu nak membantu. Ketiga, ia akan melibatkan kos yang banyak (tapi biasanya mama dan abah "tak kisah asalkan anak sihat"...) dan satu lagi... hurmm...saya tak boleh rempit ngan 125Z saya itu. Aduh, takkan nak biarkan tersadai je? Rindu la nanti...Oh my Danny...


ni la Danny yg selalu bawak saya kuar dating and gi kelas...eheee. Tapi ni time Danny budak2..skang dah matang.. dah touch up dah..


Lagipun, banyak hal yang saya dah pelan cuti ini... kalau berkesempatan, nak gi hiking kat Terengganu.. pastu, nak wat fotografi di Cameron Highland (sekali ngan bercuti ler.. hehe).. pastu, job yang dah dipersetujui tu... adoii... betullah... hargai lima sebelum lima... Sihat sebelum sakit... muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati, kaya sebelum miskin... hurrmm... Islam itu semua sudah sempurna untuk prinsip kehidupan manusia!

Tapi, satu hal lagi yang menggembirakan saya ialah... hurmm... saya lihat ada senyuman mesra dari teman-teman saya! Walaupun saya tidak pasti, tapi...biarlah saya anggap ia ada. Kerana hal yang menggembirakan ialah bila kita hargai apa yang ada dengan cara yang terbaik dan bukan mengharapkan yang terbaik untuk ada. Biar ia bukan senyuman yang terlalu manis, saya gambarkan sahaja ia adalah yang termanis... =) kerana kita hidup berdasarkan persepsi kita. Sama ada kita lihat gelas yang separuh itu sebagai separuh penuh, atau separuh kosong... wassalam!


Hidup kita ditentukan oleh cara kita berfikir...

Friday, November 19, 2010

Jangan Pilih Aku Andai Tak Mampu Setia

Terenggut hatiku..
terpanah asmara..
sedih suka sirna sudah
bila kau jadi milikku..
memang lukaku belum sembuh semua
juga dukaku belum sirna semua

Jangan memilih aku
Bila kau tak sanggup setia
Kau tak mengerti aku
Diriku yang pernah terluka
Cinta...

Hasrat ini...
mahu ini..
tak mahu bisa darimu...

-Anang ft Syahrini

TV Al-HIJRAH



Saya berasa sangat dekat dengan stesen TV yang satu ini. Bila terpandang, rasa sayu... bila terdengar, rasa rindu... macam orang jatuh cinta, kan? hahaha..

Kenapa?... Hurmm... mungkin kerana waktu ia masih bayi, saya antara tangan-tangan yang 'mencuit'nya... kalau akikah, saya antara yang tukang marhaban.. kuikuikui... sedikit sebanyak, orang kata badi tu ada... hoho...cuma untuk terus bersama nampaknya masih lagi belum ada rezeki.

Tapi, rasa cinta dan kasih saya ini tetap sama sebagaimana saya sayangkan TV9 dan IKIM.. tak tahulah kenapa. Inilah saluran pilihan saya... saya senang dan 'bahagia' bila bersama... bak kata orang, kalau saya dah ber'dating' dengan mereka ini, jangan kacau! Hehehe...

Namun, biarpun saya tidak berpeluang disini, saya akan terus berusaha untuk terus 'menyampaikan' dalam medium yang lain...

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedu­dukanmu.” (Q.s. Muhammad: 7)


InsyaAllah... saya dikurniakan banyak kelebihan lain... mungkin saya bukan pengacara terbaik, pemidato atau pembahas terbaik, tapi saya tahu diri saya orang hebat yang boleh menjadi sumbangan pada orang lain juga. Hanya masa yang akan menzahirkannya... Kita dilahirkan untuk berjaya, bukan untuk gagal... Harus selalu berusaha! Kita telah dicipta sebagai khalifah agung di muka bumi ini maka saya merasakan tangungjawab kita untuk berjihad...biar dalam apa cara sekalipun... Kita mungkin bukan di barisan ketenteraan untuk mengangkat senjata... kita juga bukan ahli sufi yang boleh 'mematikan' kejahilan dengan keagungan ilmu agama... tapi kita janganlah membunuh agama kita sendiri dengan beranggapan kita bukan siapa-siapa... kita adalah pemimpin...serendah-rendahnya ialah pemimpin pada diri kita.

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. ( Al Baqarah : 30 )


Jadi, selamat berjuang buat semua. Tabahlah menempuh hidup ini dengan keyakinan bahawa, Tuhan sentiasa ada!


Bukan usaha kita yang sia-sia, tapi kemenangan yang lewat tiba...

Monday, November 15, 2010

Kita Warisi Adam Hanya Dikuku?

Al kisahnya begini...

Suatu waktu, ketika Allah hendak menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, semua makhluk menentang. Pada mereka, manusia hanya akan menderhaka. Tapi, bila Allah sudah menetapkan begitu, tiada siapa lagi yang mampu menghalangnya. Maka, Allah pun mengarahkan malaikat Jibril untuk turun ke bumi mengambil tanah untuk dijadikan manusia.

Ketika sampai di bumi, Jibril menyatakan tujuan kedatangannya. Maka, sebaik mengetahui akan tujuan itu, tidak bersetujulah si bumi itu membiarkan tanahnya diambil untuk dijadikan manusia.

"Tidak! Manusia hanya akan merosakkan dan memusnahkan aku sahaja. Aku tidak bersetuju jika harus diambil biar sebahagian pun dari tanah di muka bumi ini untuk itu," kata bumi, enggan.

Jibril, malaikat penyampai wahyu itu naik semula menghadap Allah dan menyatakan ketidaksetujuan bumi. Maka, Allah menghantar pula malaikat Mikail. Sama halnya juga degan Jibril, Mikail pulang dengan hampa. Kemudian, Allah menghantar pula malaikat Israfil. Bumi tetap juga berkeras tidak mahu membenarkan tanahnya diambil.

Akhirnya, Allah menghantar Izrail. Firman Allah; "Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa yang engkau kerjakan itu atas perintah dan atas namaKU."

Maka, turunlah Izrail ke bumi membawa pesanan itu. Namun, sudah diagak, bumi tetap enggan. Maka, berkatalah Izrail, "Apakah kau mahu mengingkari perintah Tuhanmu?"

Lalu, hendak tak hendak, bumi merelakan tanahnya diambil untuk kejadian manusia. Setelah mengambil beberapa tanah dari beberapa bahagian bumi, pulanglah Izrail kepada Allah dengan membawa tanah-tanah yang dikutipnya itu.

Maka berkatalah Allah kembali (dalam bahasa yang saya ingat)," Demikianlah Izrail, engkau yang mengusahakan kejadian manusia dan, engkau jualah yang akan mengakhirinya (yakni mencabut nyawa)." Lalu, bersedihlah Izrail.

"Pasti, manusia akan membenci diriku," rintihnya.

"Tidak, mereka tidak akan membencimu. Aku akan menjadikan kematian mereka dengan pelbagai cara; samada mati lemas, terbakar, kemalangan, sakit dan sebagainya."

Dalam satu riwayat mengatakan, kejadian manusia pertama itu mengambil masa yang sangat lama. Melalui pelbagai proses. Ada yang mengatakan 400 tahun, tapi tidak dapat dipastikan dengan betul. Dalam pemprosesan manusia itu juga, kejadian itu dipanggang dalam api yang marak 40 tahun, ditiupkan dengan pelbagai jenis angin selama 40 tahun, direndam dalam pelbagai jenis air selama 40 tahun sebelum dinamakan Adam. Setiap anggota badannya dibuat daripada tanah-tanah yang dikumpulkan oleh Izrail tadi. Itu belum masuk bab ruh dimasukkan ke setiap satu salur darah yang memakan masa beratus tahun untuk penuhkan setiap satu salur tu...

Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis = Kepala kerana disitu letaknya otak dan akal
Tanah Bukit Tursina = Telinga iaitu sebagai pendengar dan penerima nasihat.
Tanah Bukit Tursina = Tulang temulang sebagai peneguh tubuh badan.
Tanah Iraq = Dahi sebagai tempat sujud.
Tanah Aden = Muka sebagai tempat berhias dan segala kecantikan.
Tanah Al-Kauthar = Mata (dr telaga Kauthar) untuk menarik perhatian
Tanah Al-Kauthar = Gigi sebagai tempat memaniskan wajah.
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah = Tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan kerjasama
Tanah Paris = Tangan kiri sebagai tempat beristinja'.
Tanah Khurasan = Perut sebagai tempat lapar dan haus.
Tanah Babylon = Kemaluan sebagai tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan.
Tanah India = Kaki sebagai tempat berdiri dan berjalan.
Tanah Syurga = Hati sebagai tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
Tanah Thaif = Lidah sebagai tempat mengucap syahadat, bersyukur dan berdoa.

Sebelum terciptanya dengan indah, Allah lalu telah membaluti tubuh manusia pertama itu dengan kulit demi menutup kecacatannya. Lalu, terciptalah manusia yang sangat indah sehinggakan menimbulkan rasa kagum dan terpesona para malaikat dan seluruh isi langit dengan penciptaan itu. Kulit Adam yang sangat cantik itu tidak terzahir pun dengan asal usul kejadiannya. Ada riwayat yang mengatakan, setelah berlaku banyak percampuran manusia sekarang ini, sisa-sisa kecantikan kulit Adam kepada anak cucunya hanyalah di bahagian kuku sahaja. Oleh sebab itu, jika kalian perasan, walau sehitam mana orang itu pun, dan walau seputih mana orang itu pun, bahagian kukunya tetap jernih kemerah-merahan. Itulah saki baki kecantikan Adam yang kita miliki. (Subhanallah... sekurang-kurangnya, kita sedar cantik mana pun kita, cantik lagi Bapa Manusia itu...so jangan mudah perasan, okee~). Tapi, sedikit mengenai kecantikan... sebagai tambahan, kalau ada sekalipun manusia di zaman ini yang sangat korang gilai akibat kehenseman dan kejelitaannya, ingatlah...itu semua cuma 1/70 daripada kecantikan dan keindahan nabi Allah, Yusuf as... jadi, logiklah kalau Zulaikha begitu mencintainya dan wanita-wanita bangsawan lain sampai tak sedar jari dah terpotong bila melihatkan Yusuf....


Bukit Tursina
Tak sangka...gambar yg sy suka2 je snap ni bermakna jugak one day... huhu...

Saturday, November 13, 2010

Uwwwaaaaa...

hoho...salam lepak-lepak.. saya tulis ni saje-saje exercise tangan sebab baru pas makan... nak hilangkan frust sebenarnya nie... ad0yai...menci kan bila de perasaan ni tambah-tambah bila time exam? Huh, i hate that! Terkilan, sakit ati, kecewa la sebetulnya... huhu... tapi, even saya ni tengah frust menonggeng pun... korang semua jangan bimbanglah... frust saya ni, saya tak melibatkan orang len... marah saya pun, marah pada yang berkaitan je..lalalala~~ so, sape tak de watak dalam citer perasaan saya, dun wori be happy...

Final..final..final... lagi satu paper nak kena seat this sem! Huh, very terrible indeed! Saya suka semua subjek tu tapi kenapa subjek-subjek tu tak suka saya? Haha...cam tak sudi je nak menggembirakan saya dengan bagi la soalan senang-senang sikit?... hoho... tapi, frankly speaking, soalan tu memang senang pun....saya je tak habes khatam... tak sempat ooo nak baca semua...tapi...masa banyak... tapi, subjek-subjek tu bukan senang sangat pun nak faham... tapi, bukannya tak leh tanya lecturer kalo tak paham... alamak... susahnya nak beralasan... hati ni banyak sangat kontra nye... saya kata A, hati kecik kata B..saya kata benci, hati kecik kata sayang... saya beri alasan, hati kecik beri kenyataan...Oh..mencinya~~ bila ko nak sokong aku jadi jahat ni?! huhuhuhu....

yeah, pape pun...seperti biasa, saya tetap belajar benda yang sama... bila dah jawab tu, dont ever change your answer.. FIRST CHOICE IS THE BEST CHOICE. titik! Uwaaa... I really-really hate myself for that mistake...

Thursday, November 11, 2010

Nafsu Musuh Yang Dicintai

Saya nak ringkaskan sahaja entri kali ini. Sebab bila saya terbaca, memang bawa banyak hal untuk direnungkan kembali. Terfikir juga dimana peringkat iman dan nafsu yang ditunggangi ini. Oh, sama ada saya menunggang nafsu atau nafsu menunggang saya... Oh, nauzubillah!

Nafsu Ammarah

.... ertinya mengajak kepada kejahatan. Ini merupakan tahap nafsu yang paling jahat dan hina. Firman Allah yang bermaksud:
sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan (surah Yusuf 12:53)

Orang yang bernafsu ammarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat. Bahkan dia mengajak orang lain dengan mempromosikan kemungkaran dan kemaksiatan.

Jika ada program kebaikan, dia akan menentangnya. Jika ada orang yang menegur mereka, orang itu akan ditentang dan dimusuhi. Orang yang bertahap nafsu ammarah ini juga sering menjadi batu api yang melaga-lagakan agar umat Islam tidak bersatu, nauzubillah! Jika tidak bertaubat, mereka akan merasai neraka di dunia (tidak tenang dan bahagia di dunia) dan akan dicampakkan ke neraka kelak.

Nafsu Lawwamah


...ertinya nafsu yang mencela. Orang yang mempunyai nafsu lawwamah menyedari dia sering terlibat dengan dosa. Ia menyesali akan dosa-dosa itu dan mencela dirinya sendiri. Firman Allah yang bermaksud:
"Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan". (Surah Qiyamah 75:2)

Namun ketika terbuat dosa, ia terleka dan terbuai dengan kenikmatan dosa itu tanpa memikirkan akibatnya. Hanya setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. Sungguhpun begitu keadaan itu tidak lama, ia akan kembali berdosa semula apabial ada godaan dan hasutan.

Apabila melakukan ketaatan, orang yang mempunyai nafsu lawwamah ini mudah dihinggapi rasa riak (menunjuk-nunjuk) dan ujub (bangga diri). Dirasakan dirinya sudah baik disisi Allah. Dia 'perasan' dengan kebaikannya. Tapi, dia tidak berasa bangga dengan dosa dan tidak pula mengajak orang lain melakukan dosa bersamanya. Mereka ini juga mudah ditegur. Pada masa sama, mereka sangat sukakan majlis-majlis ilmu dan agama. Hatinya sangat mudah cair dengan tazkirah dan tawsiyah. Cuma sangat rapuh bila digoda maksiat. Jadi, kedudukan orang bernafsu lawwiyah ini masih tidak selamat di dunia dan akhirat.

Nafsu Mulhamah


.... sudah mula mendapat ilham kebaikan dalam hatinya. Ada bisikan kebaikan dalam dirinya untuk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yang lebih baik. Firman Allah yang bermaksud:
"Diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan ketaqwaan." (Surah as-sham 91:5)

Dia mula menghisab dan menyuluh diri lalu berusaha untuk melakukan kebaikan. Dia tidak lagi mencari ruang dan peluang untuk melakukan dosa cuma ada masanya dia terlanjur juga melakukannya kerana kelalaiannya. Dia tidak sengaja.

Sebagai jalan penyelesaian dia bukan sahaja mencari jalan untuk membaiki dirinya, dia juga berusaha menutup peluang untuk terjebak dalam perbuatan maksiat. Kawan, suasana dan keadaan yang boleh membawa kepada dosa dihindarinya. Walau bagaimanapun, nafsunya belum stabil.

Nafsu Mutmainnah


...nafsu yang diperolehi seseorang hasil mujahadah (melawan nafsu) dan riyadah al-nafs (latihan diri)secara istiqamah. Hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan. Dia bukan sahaja seronok melakukan ketaatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. Apa sahaja ujian Allah, sama ada nikmat atau musibah mampu dihadapinya degan sabar dan redha.

Allah redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap Allah. Inilah tahap nafsu orang yang bertaqwa. Mereka menikmati al-jannah al-ajilah (syurga dunia yang berupa ketenangan dan kebahagiaan hidup) dan di akhirat mereka diseru untuk kembali kepada Allah menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai nafsu yang tenang, kemballah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan." (Surah al-Fajr 89:27).

Inilah peringkat nafsu yang dimiliki oleh para salafus soleh yang menyebabkan mereka bukan sahaja berjaya mengalahkan musuh lahir (munafik, Yahudi dan Nasrani) malah musuh batin (syaitan dan hawa nafsu) juga dapat ditewaskan.

::marilah kita sama-sama bermuhasabah dan berubah. Salam hijrah::
dipetik dari Majalah Solusi.

Berkat Bersabar Dengan Yang Haram...

Seorang pencuri datang menemui ulamak untuk bertaubat.

"Saya ingin bertaubat daripada dosa-dosa saya. Apa nasihat tuan kepada saya?"

"Apa yang kau mampu tinggalkan daripada segala yang haram, Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal," kata ulama tersebut.

Pada malam itu,lelaki itu tidur di masjid. Dia tidak mahu tergoda untuk kembali melakukan perbuatan jahatnya. Tetapi bila malam bertambah larut, perutnya terasa sangat lapar. Dia tidak ada duit sedikit pun untuk membeli makanan. Pada ketika itulah dia kalah dengan godaan. Perlahan-lahan dia keluar daripada masjid untuk mencuri.

Dia menceroboh masuk ke sebuah rumah yang sangat besar. Tentu penghuninya kaya raya, fikirnya. Di bahagian dapur, didapati ada makanan di atas meja. Dia pun segera untuk mencuri makanan itu. Namun tiba-tiba dia teringat pesanan ulamak itu : "Apa yang dapat engkau tinggalkan daripada yang haram, maka engkau akan memperolehinya melalui jalan yang halal." Spontan hasratnya dibatalkan.

Dia terus bergerak dari bilik ke bilik. Sampai di sebuah bilik, dia memnemui harta yang sangat banyak, Dia mengeluarkan karung yang dibawanya. Tetapi sebaik sahaja menyentuh harta tersebut dia teringat lagi pesanan ulama itu. Sejurus, dia tinggalkan hasrat jahatnya itu.

Sebelum keluar dari rumah itu, dia terpandang tuan rumah, iaitu seorang wanita yang sangat jelita sedang tidur. Timbul keinginan jahat dalam dirinya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap wanita itu. Namun apabila hatinya teringat akan pesanan ulama itu, terus ditinggalkan rumah itu.

Kemudian dia kembali ke masjid dengan keadaan yang sangat lapar dan keletihan. Selepas solat Subuh, seorang wanita memasuki masjid dan terus menemui ulama yang mengimamkan jemaah.

"Tuan, tolong saya tuan. Saya temui jejak seseorang yang memasuki rumah saya malam tadi. Tetapi anehnya saya tidak menemui satu barang pun yang hilang. Namun saya takut dia akan kembali ke rumah saya lagi nanti."

"Adakah kau tinggal sendirian?"

Wanita itu menjawab,"Ya, sejak kematian suamiku."

"Kau mahu jika aku carikan seseorang lelaki sebagai temanmu?"

"Apa maksud Tuan?"

Ulama itu pun memanggil lelaki tersebut, dan meminta persetujuan keduanya untuk dinikahkan. Beberapa hari kemudian, mereka pun dinikahkan.

Selepas hari pernikahannya, lelaki itu berkata kepada ulama tersebut.

"Ini semua berkat saya mengikut nasihat tuan. Benarlah, Allah memberi saya secara halal apa yang saya inginkan secara haram. Makanan, harta dan paling bertuah seorang wanita yang cantik dan baik sebagai isteri."

Sahabat-sahabat saya yang budiman, perjalanan kita di dunia ini selalu sahaja akan diuji dengan pelbagai ujian yang terkadang memaksa kita melanggar batas-batas agama demi memenuhi keinginan nafsu dalam diri. Namun itu bukanlah alasan yang terbaik untuk kita persembahkan kepada Illahi nanti bila kitab amalan dibuka kerana apa yang menjadi hukum tetap hukum.

Saya faham bahawa tingkat iman itu berbeza bagi setiap orang. Tapi bukankah iman itu harus dipupuk? Jadi bukanlah menjadi satu isu bahawa "Ohh..dia tak apa..iman tinggi"... jangan berkata begitu. Allah tidak pernah tidak memberi peluang kepada hambaNYA untuk berubah. Kita sentiasa mempunyai peluang untuk berubah selagi hayat masih dikandung badan.

Saya pernah juga terbaca kata-kata ini. "Berimanlah setakat mana kamu mampu. Tiada paksaan dalam beragama." Tapi, sebagai seorang Islam, kita harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kita. Ustazah saya kata dulu...dalam sehari, malaikat Izrail datang melawat kita sebanyak 72 kali...err..kalau 72 bahagi 24 jam? Maknanya sejam lebih kurang 3 kali...setiap 20 minit... MasyaAllah..

Allah tidak jadikan kita untuk menderita di dunia ini. Setiap kesukaran yang kita tempuhi akan digantikan dengan kesenangan di kemudian hari. Malah, DIA telah berfirman di dalam surah At Tiin tentang keistimewaan ciptaan manusia. Apa-apa pun, tepuk dada tanyalah iman...

"Demi buah tiin dan zaitun,
Dan gunung Tursina,
Serta negeri (Mekah) yang aman ini,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya),
Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus."
QS:95

Tuesday, November 9, 2010

Hidupku...Matiku....Agamaku...

Kalian bacalah dengan mata hati... Hidup ini bukan kerana harta semata-mata...bukan juga kerana si dia... kita hidup kerana agama... kita mati juga kerana agama... biar orang kata kita tidak sealim mana pun... iman itu ada naik turun. Tapi, belajarlah untuk mentaati agama... hanya agama, pembela kita...

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazahsaudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur merekabertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita taknampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

(perkongsian dr seorang teman)

Monday, November 8, 2010

Surat Cinta Untuk Hati



Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalanya,
kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati,
lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

Pabila rindu bertamu...

Saya rindu untuk menjadi tetamu Allah lagi... Tak sabarnya untuk bekerja.. rasanya, selain daripada bayaran muka ansuran kereta, duit gaji saya akan diasingkan untuk menunaikan umrah lagi... heeeee... kalau dah kahwin time tu, simpan duit untuk Haji terus la... honeymoon di sana je. Keh3.. Tak mahu ke negara-negara lain... hanya Mekah je jadi negara idaman kalo alang-alang nak gi oversea la...uhuk!

Bila rindu itu datang, saya terkenang betapa bertuahnya saya kerana pernah menjejakkan kaki ke sana. Itulah orang kata... kadang duuit kita habis beribu-ribu hanya berlibur sahaja. Dan bila sudah terlintas hendak ke sana, duit dan masa pula jadi halangan. Seeloknya segerakanlah niat untuk ke sana. Kerana kesempatan itu tidak sentiasa memenuhi keinginan kita...


Boy..don't get mad ea..u are cute! hehehe...



Miqat Bir 'Ali..(if i'm not mistaken)



Berlatar belakangkan Kota Mekah bersama adik-adik



heee... saya bersama 'artis' Jabal Uhud

Saturday, November 6, 2010

Aku Pasti Diam Hingga Saat Itu...

"Jika kau meminati seorang gadis, jangan dekatinya dan jangan luahkan perasaan padanya. Bimbang nanti, mendekatinya akan membuatkan dia berpura-pura dan meluahkannya bisa membuatkan dia penasaran"...

Semoga hati saya, seteguh hati Az Zahra yang setia menunggu Ali...

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya .. karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ... tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ... bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati...

Oh Tuhanku,
berikanlah ketenangan abadi untuk menghadapi
resahnya hati ini mendambakan kasih insan yang ku sayang
di hati ini hanya Tuhan yang tahu
di hati ini aku rindu padamu
tulus sanubari menantikan hadirmu
hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan, keteguhan iman
insan yang berkasih...



Allah ada untuk diriku dan dirimu..Terima kasih atas kehadiran yg sentiasa mengingatkan aku ttg pada Yang Maha Esa... Good luck in your masters, Z(S)...

Friday, November 5, 2010

Panduan Solat Jamak dan Qasar

Solat Qasar

Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Solat Jama'

Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat Solat Jama’

Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Contoh Niat

Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Wednesday, November 3, 2010

Terima kasih atas syahadahMU...

Alhamdulillah..hal yang mengganggu perasaan hingga menjadikan hati ini tidak keruan akhirnya selesai sudah. Terasa betapa Illahi sentiasa mendampingi diri ini. Iya, setiap kali tertimpa masalah atau dugaan, saya tidak pernah sekalipun meminta agar DIA segera mencabutnya dari hidup ini tetapi berdoa agar saya menjadi insan kamil yang pasrah dan kuat untuk menghadapi semua ujian itu. Kadangkala, bila 'terlalu bersenang lenang', saya memohon agar dikepung diri ini dengan ujian. Biar saya menangis tersedu-sedu sekalipun bila tertimpa ujian, biar saya mengadu sebanyaknya pada Allah. Saya lebih tegar itu dari terlalu banyak gelak ketawa kerana pada diri saya, bila gelak ketawa itu terlalu banyak, ia akan mematikan rasa tawadhuk dan ingat pada Allah. Biarlah ujian datang sekalipun, mohon agar kita semua menjadi hambaNYA yang tabah menghadapi, orait??

Keluarga adalah utama dalam hidup saya. Cinta dan kasih sayang saya tidak pernah tumpah melata melainkan kepada keluarga. Alhamdulilah, saya dikurniakan keluarga yang sangat mithali. Abah, walaupun tidak selalu merotan kami (pernah juga dirotan kecil-kecil dulu) tapi 'didikan senyap' abah mengajar kami. Abah tidak pernah paksa kami mengaji tiap-tiap malam tapi, kalau sudah abah dan mama membuka mashaf di ruang menonton dan sering melantunkan alunan suci itu, takkan pula kami sanggup hendak mennton tv lagi. Biarpun saya sangat suka menonton Conan atau Shin Chan yang bodoh nakal itu, tapi nak buek camno eh?? Lama kelamaan, kami terbiasa untuk setiap kali Maghrib, masing-masing sudah memegang kitab suci al-Quran...

Mama telefon semalam. Bertanyakan soal belajar. Saya katakan, "Everything is fine, ma. Dont worry. Minggu depan dah start final. Tapi kak la tak study lagi. Hehehe."

Borak punya borak, then macam biasa, soalan orang tua pada anak daranya.

"Pakwe macam mana?,"

Hahaha...saya ketawa besar.

"Macam mana apa? Carilah seorang kalau nak menantu. Kak la okey je," balas saya.

"Ah, malas la nak sibuk hal awak. Takkan tak ada?,"

Hahaha...saya ketawa lagi.

"Entahlah, nak kata ada ke tak," balas saya.

"Tak apalah...jagalah yang tu elok-elok. Dah memang takdir la tu," ujar mama. Saya ketawa lagi.

"Apahal plak... Nak jaga siapa?" Saya masih bermain tarik tali. Ah, naluri orang tua, ada-ada saja!

"Tak apalah. InsyaAllah, itulah jodoh awak," ujar mama. Hurrmm...saya tidak mahu lagi ketawa. Wondering...

Mama,
dalam hati ini memang telah tercipta satu perasaan..
namun
aku belum lagi anak gadismu
yang dipersilakan Illahi ke daerah itu..
Sabarlah..
jika itu naluri bondamu...
ku harap,
sinar yang satu itu jadi milikku...
namun sehingga detik itu menyatukan,
biarlah ku simpan dulu..
sudah ku luahkan sekali dalam bahasa yang aku kira
sudah memadai kiasnya...
dan ku harap dia tidak terpejam mata hati..
cukuplah sekali..
tidaklah ku tahu jika dia jodohku
atau sebaliknya,
namun sebagai gadis,
aku sendiri tidak mahu menjadi
tunjang pada langkah sumbang seorang yang bernama lelaki,
kau juga tahu,
ku jaga setiap keinginan remaja ini
demi sebuah kehidupan yang harmoni
dan diberkati,
kerana,
bukan mudah juga untuk ku harungi panahan
perasaan ini,
sendiri...

kini,
biarlah aku simpan butiran pasir perasaan ini..
moga tatkala terbuka kelopak tiramnya,
dapatku hadiahkan sebuah mutiara
buat dia,
pemilik hati yang dipertemukan Illahi,
atas jalan redhaNYA...

GOOD LUCK!


SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN YANG AKAN MENDUDUKI IMTIHAN

Monday, November 1, 2010

Ya, Ini Saya...

Oh akhirnya baru saya sedari... saya tak mampu nak membenci... saya sangat sayangkan kawan-kawan saya. Biar apa pun pernah korang lukakan hati ini... saya maafkan... mungkin ini bukan kali pertama memaafkan...tapi sedaya boleh, saya maafkan... hingga suatu masa yang benar-benar mencabar perasaan...mungkin hanya pada waktu itu, baru saya melupakan terus siapa kalian.

Tapi, meskipun telah saya maafkan, buat yang mencaci itu...saya tak leh nak kata apa dah. Sudah menjadi darah keturunan saya, tidak akan menerima orang yang mencaci saya. Tapi, atas kesalahan yang melukakan perasaan itu, saya maafkan sahajalah. Bukan saya tak mahu lagi berkawan, tapi... biarlah sejarah itu saya simpan sebagai langkah berjaga-jaga agar hati tidak lagi terluka...

Kepada semua kawan-kawan yang sengaja membuka blog saya atau tak sengaja... GOOD LUCK F0R YOUR FINAL EXAM! MAY SUCCESS BE WITH US WITH THE BLESSING FROM ALLAH..

Bukan Mahu Mengubah...

Saya sangat sedih bila kadang-kadang niat kita dipesongkan oleh perasaan tidak senang orang terhadap kita. Bukan niat saya mahu mengajar orang atau mengubah orang menjadi baik. Saya tahu, itu payah. Tapi sekurang-kurangnya saya menyampaikan sesuatu yang baik dan tidak pula saya kutip dari sumber yang bidaah. Semua itu pembacaan yang benar semata-mata. Harus saya akui... memang, bukan mudah nak mengikis pendapat orang dan mengubah perangai seseorang. Saya pun masih banyak cacat celanya. Malah, mungkin lebih banyak dosa dari mereka. Apa-apa, sampaikanlah ajaranku walau hanya sepotong ayat, itu pesan Rasulullah...

Sebagai tokoh rujukan umat Islam, nama Imam Malik bin Anas sangat harum di sisi penguasa Abbasiah di Baghdad. Khalifah Abu Jaʻfar al-Mansur (w. 158H) sangat mengagumi dan menghormati beliau. Ketika Khalifah al-Mansur datang ke Makkah untuk melaksanakan ibadah haji, beliau segera menjemput Imam Malik untuk menemuinya. Kedua-duanya berbincang tentang pelbagai permasalahan agama. Tampak sekali, Khalifah sangat teruja dengan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Imam ahli Madinah ini.

Khalifah al-Mansur lalu berkata, “Saya berniat untuk menyalin bukumu yang bertajuk al-Muwatta’ dan mengutusnya ke seluruh negeri. Lalu akan aku perintahkan semua rakyat untuk melaksanakan isinya dan meninggalkan kitab-kitab yang lain. Ini kerana aku berpendapat bahawa mazhab yang benar adalah riwayat dan pendapat ahli Madinah.”

Abu Jaʻfar al-Mansur terkenal sebagai seorang khalifah yang sangat tegas dan disegani rakyatnya. Jika beliau memerintahkan sesuatu, tidak ada yang berani membantahnya. Dan ucapan beliau kali ini berisi tawaran untuk menjadikan kitab al-Muwatta’ satu-satunya rujukan hukum dan fatwa Imam Malik satu-satunya fatwa yang bakal diguna di tengah-tengah masyarakat.

Namun, apa agaknya respons Imam Malik terhadap tawaran ini? Beliau berkata, “Wahai Amirulmukminin, janganlah engkau lakukan niat ini! Sesungguhnya masyarakat telah mempunyai pendapat mereka sendiri. Mereka juga membaca hadis dan pelbagai riwayat. Setiap orang mengamalkan pendapat yang menurutnya benar sesuai dengan berbagai-bagai fatwa para sahabat Nabi s.a.w. Mencabut amalan dan pendapat yang selama ini diyakini bukan perkara ringan. Maka biarkanlah setiap orang melaksanakan pendapat yang menjadi pilihan mereka.”

Mendengar jawapan bijaksana yang keluar dari mulut Imam Malik ini, Khalifah al-Mansur mengurung niatnya. Beliau berkata, “Demi Allah, andai engkau setuju, nescaya aku akan segera melaksanakan niatku ini.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...